[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
INTERNATIONAL

Peminat MU silap bertaruh, menang lebih RM6,500

Astro Awani 28/08/2014 | 08:03 MYT
Pasukan Red Devils itu telah diaibkan oleh MK Dons, menyebabkan mereka tersingkir dari kejohanan tersebut.
Kesilapan tidak selalunya mengundang kerugian, malah bagi Hollie Griffiths, 'kesilapan' yang dilakukannya itu mendatangkan tuah.
Gadis dari Cheshire, England itu memenangi £1,250 (kira-kira RM6,520) selepas tersilap membuat taruhan ketika perlawanan bola sepak Piala Capital One pada Selasa di antara Manchester United dengan MK Dons.
Dia juga telah memuat naik resit kemenangan atas pertaruhannya itu yang berharga £2.50 (RM13) dalam akaun Twitternya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut laporan Mirror.co.uk, Hollie sepatutnya bertaruh untuk pasukan kegemarannya, MU, tetapi sebaliknya telah membuat taruhan ke atas MK Dons.
Pasukan Red Devils itu kemudiannya diaibkan MK Dons dengan keputusan 0-4, menyebabkan mereka tersingkir daripada kejohanan tersebut.
#Hollie Griffiths #Manchester United #MK Dons #taruhan