awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Mesir sedia jadi tuan rumah persidangan pemulihan Gaza
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
MALAYSIA
64 peratus syarikat pengendali kenderaan perdagangan gagal patuhi JISA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Peminat raikan ‘Squid Game’ musim akhir dengan perarakan meriah

Astro Awani
Astro Awani
29/06/2025
10:35 MYT
Sponsor Banner
Peminat raikan ‘Squid Game’ musim akhir dengan perarakan meriah
Perarakan yang berlangsung di sekitar Istana Gyeongbokgung dan Dataran Seoul itu menampilkan peserta berpakaian seragam merah jambu ikonik seperti dalam siri tersebut, lengkap dengan topeng misteri. -Foto AP
SEOUL: Ribuan peminat membanjiri pusat bandar Seoul pada Sabtu bagi meraikan tayangan musim terakhir siri popular Netflix, Squid Game, yang telah menjadi fenomena global dan simbol kekuatan budaya Korea Selatan.

Ringkasan AI
  • Ribuan peminat membanjiri pusat bandar Seoul untuk meraikan tayangan musim terakhir Squid Game, sebagai sebahagian daripada Minggu Kandungan K-Korea 2025.
  • Perarakan bertema siri tersebut menampilkan kostum ikonik dan patung Young-hee, serta dihadiri oleh pengarah Hwang Dong-hyuk dan pelakon utama Lee Jung-jae dan Lee Byung-hun.
  • Musim terakhir menyaksikan watak Gi-hun kembali ke permainan dengan misi memusnahkannya, dan siri ini terus diiktiraf sebagai fenomena budaya global yang mengangkat kandungan Korea ke peringkat antarabangsa.

Perarakan yang berlangsung di sekitar Istana Gyeongbokgung dan Dataran Seoul itu menampilkan peserta berpakaian seragam merah jambu ikonik seperti dalam siri tersebut, lengkap dengan topeng misteri, lapor CNA.
Mereka turut membawa patung bersaiz besar watak “Young-hee”, anak patung animatronik yang terkenal dalam salah satu permainan maut siri itu.
Acara itu merupakan sebahagian daripada Minggu Kandungan K-Korea 2025 dan disusuli dengan sambutan peminat rasmi di Dataran Seoul pada jam 8.30 malam, yang turut dihadiri oleh pengarah siri, Hwang Dong-hyuk, serta pelakon utama Lee Jung-jae dan Lee Byung-hun.
“Saya berjaga sepanjang malam menonton musim terakhir.
"Siri ini bukan sekadar permainan, ia mencerminkan realiti kehidupan,” kata Park Sang-gyu, salah seorang peminat yang hadir.
Musim ketiga dan terakhir Squid Game menyaksikan watak utama, Gi-hun, kembali ke permainan ganas itu dengan misi untuk memusnahkannya dari dalam.
Siri ini telah mencipta sejarah apabila menjadi antara rancangan paling banyak ditonton di Netflix, dan pada 2022, Hwang serta Lee menjadi lelaki Asia pertama memenangi Anugerah Emmy.
Lee Byung-hun menyifatkan siri itu sebagai “fenomena budaya” yang telah melakar garis paling berani dalam sejarah kandungan Korea.
Topic Berkaitan
#Squid Game
#Netflix
#Korea Selatan
#tayangan musim terakhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami