DUNIA
Peminat serbu, peluk Ariana Grande didakwa di mahkamah Singapura
Tertuduh dilapor melompat melepasi penghadang keselamatan sebelum menuju ke arah Grande yang sedang berjalan di karpet kuning bersama barisan pelakon lain. -Video tular
SINGAPURA: Seorang lelaki warga Australia didakwa di mahkamah atas kesalahan mengganggu ketenteraman awam.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Ia susulan tindakannya menyerbu dan memeluk penyanyi Amerika Syarikat, Ariana Grande, ketika tayangan perdana filem Wicked: For Good di Resorts World Sentosa, semalam.
Suspek, Johnson Wen, 26, dilaporkan melompat melepasi penghadang keselamatan sebelum menuju ke arah Grande yang sedang berjalan di karpet kuning bersama barisan pelakon lain.
Kejadian itu dirakam dan tular di media sosial, memperlihatkan pelakon Cynthia Erivo menarik Grande daripada pelukan Wen sebelum pasukan keselamatan campur tangan.
Menurut laporan media tempatan, Wen tidak diwakili peguam dan menyatakan hasrat untuk mengaku bersalah.
Suspek sebelum ini dikenali sebagai Troll Most Hated dan pernah menceroboh beberapa acara selebriti termasuk konsert Katy Perry di Sydney pada Jun lalu.
Kejadian tersebut mencetuskan kemarahan peminat dan masyarakat Singapura yang menggesa tindakan tegas terhadap penceroboh acara awam.
Ariana Grande dilaporkan terkejut namun tidak mengalami kecederaan.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Seorang lelaki Australia didakwa di mahkamah atas kesalahan mengganggu ketenteraman awam selepas memeluk penyanyi Ariana Grande semasa tayangan perdana filem di Resorts World Sentosa.
- Suspek, Johnson Wen, 26 tahun, dilaporkan melompat penghadang keselamatan dan memeluk Grande sebelum Cynthia Erivo menariknya.
- Kejadian itu mencetuskan kebimbangan masyarakat Singapura dan peminat selebriti serta Wen menyatakan hasrat untuk mengaku bersalah.
Ia susulan tindakannya menyerbu dan memeluk penyanyi Amerika Syarikat, Ariana Grande, ketika tayangan perdana filem Wicked: For Good di Resorts World Sentosa, semalam.
Suspek, Johnson Wen, 26, dilaporkan melompat melepasi penghadang keselamatan sebelum menuju ke arah Grande yang sedang berjalan di karpet kuning bersama barisan pelakon lain.
Kejadian itu dirakam dan tular di media sosial, memperlihatkan pelakon Cynthia Erivo menarik Grande daripada pelukan Wen sebelum pasukan keselamatan campur tangan.
Menurut laporan media tempatan, Wen tidak diwakili peguam dan menyatakan hasrat untuk mengaku bersalah.
Suspek sebelum ini dikenali sebagai Troll Most Hated dan pernah menceroboh beberapa acara selebriti termasuk konsert Katy Perry di Sydney pada Jun lalu.
Kejadian tersebut mencetuskan kemarahan peminat dan masyarakat Singapura yang menggesa tindakan tegas terhadap penceroboh acara awam.
Ariana Grande dilaporkan terkejut namun tidak mengalami kecederaan.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah kesalahan yang didakwa kepada lelaki Australia yang menyerang Ariana Grande di Resorts World Sentosa?
A: Johnson Wen didakwa di mahkamah atas kesalahan mengganggu ketenteraman awam selepas menyerbu dan memeluk penyanyi Ariana Grande. - Q: Siapakah yang menghalang Johnson Wen daripada terus memeluk Ariana Grande semasa kejadian di Resorts World Sentosa?
A: Pelakon Cynthia Erivo menarik Grande daripada pelukan Wen sebelum pasukan keselamatan campur tangan. - Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Wen setelah kejadian dan sebelum perbicaraan mahkamah?
A: Wen tidak diwakili peguam dan menyatakan hasrat untuk mengaku bersalah. - Q: Mengapakah kejadian ini mencetuskan kemarahan peminat dan masyarakat Singapura?
A: Kejadian tersebut mengundang kemarahan peminat dan masyarakat Singapura yang menggesa tindakan tegas terhadap penceroboh acara awam. - Q: Bagaimanakah reaksi Ariana Grande terhadap insiden tersebut?
A: Ariana Grande dilaporkan terkejut namun tidak mengalami kecederaan dalam kejadian tersebut.