PASUKAN penyelidik yang sedang cuba mengenal pasti punca kematian manusia pertama yang menerima jantung babi, telah menemui virus haiwan tetapi belum dapat memastikan sama ada ia memainkan peranan dalam kematian lelaki itu.
Lelaki berkenaan, David Bennett Sr., 57, meninggal dunia pada Mac, dua bulan selepas pemindahan jantung dijalankan. Doktor di Universiti Maryland minggu lalu memaklumkan mereka menemui DNA virus di dalam jantung babi tersebut.
Mereka bagaimanapun tidak menemui tanda ia menyebabkan jangkitan aktif.
Tetapi kebimbangan utama mengenai pemindahan organ haiwan ke manusia ialah risiko ia boleh membawa jangkitan baharu kepada manusia.
"Sesetengah virus adalah "terpendam", bermaksud ia tersembunyi tanpa menyebabkan penyakit, dan ia boleh menjadi pembawa," kata Dr Bartley Griffith, pakar bedah yang melakukan pemindahan Bennett, kepada The Associated Press.
"Namun, kajian dan ujian yang lebih canggih sedang diusahakan untuk memastikan kita tidak terlepas pandang, " tambah Dr Muhammad Mohiuddin, pengarah saintifik program xenotransplant universiti itu.
Virus haiwan itu pertama kali dilaporkan oleh MIT Technology Review, memetik kajian saintifik yang diberikan Griffith kepada Persatuan Pemindahan Organ Amerika bulan lepas.
Pasukan penyelidik berkata khinzir penderma itu sihat, telah lulus ujian yang oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) dari aspek pemeriksaan jangkitan, dan diternak di fasiliti yang direka untuk menghalang haiwan daripada menyebarkan jangkitan.
Revivicor, syarikat yang menyediakan haiwan itu, bagaimanapun enggan mengulas.
Griffith berkata keadaan kesihatan Bennet Sr sebelum pembedahan pemindahan sangat kritikal, namun telah pulih pada kadar yang agak baik selepas itu, sebelum mula mempamerkan beberapa simptom yang menyamai jangkitan.
Doktor menjalankan banyak ujian untuk cuba memahami punca, dan memberikan Bennett pelbagai antibiotik, ubat antivirus dan rawatan meningkatkan imun tetapi jantung yang diterimanya mula membengkak, dipenuhi dengan cecair dan akhirnya berhenti berfungsi.
AP Newsroom
Wed May 11 2022

David Bennett Sr. meninggal dunia pada Mac, dua bulan selepas menerima jantung khinzir. - University of Maryland School of Medicine via AP

Niaga AWANI: Automotif | Perodua optimis daftar 200 ribu unit kenderaan
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) optimis untuk mendaftarkan lebih 200,000 unit kenderaan menjelang 31 Mac 2023, sekali gus membolehkan kebanyakan pelanggan menikmati pengecualian Cukai Jualan Dan Perkhidmatan (SST). Presiden Dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad, berkata pengeluar kereta kompak nasional itu menerima tempahan luar biasa terutama ketika ramai pelanggan mahu memanfaatkan cuti cukai yang ditawarkan kerajaan.

Jiwa SME | Media sosial bantu jualan topi keledar tembusi pasaran luar
Untung dan rugi adalah resam yang lazimnya dihadapi mereka yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Namun pandemik Covid-19 dibaratkan sebagai ujian paling getir dihadapi usahawan dan peniaga kerana bukan sahaja tiada keuntungan......malah, terpaksa menggunakan duit simpanan bagi memastikan perusahaan yang dibangunkan terus mampu bertahan. Ikuti kisah Syairazi Mohd, yang menjalankan perniagaan menjual topi keledar disebalik cabaran pandemik itu.

Niaga AWANI: OPR | Kenaikan kadar faedah beri impak langsung kepada peminjam
Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.25 peratus akan memberi impak langsung dan segera kepada pembuat pinjaman di institusi perbankan atau pemberi pinjaman kredit. Pensyarah Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan Dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Irwan Syah Zainal Abidin berkata antara impak jangka panjang lain yang bakal dilihat termasuk penurunan kadar inflasi.

Sukan Komanwel: Tidak mustahil acara judo lakar kejutan - CDM
Misi membawa pulang pingat dalam acara judo pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 bukan satu tugas mudah, namun ia tidak mustahil.

Niaga AWANI: OPR | Interest rate hike dampen property sector
We speak to Real Estate and Housing Developers’ Association (Rehda) Malaysia acting president Datuk Tong Nguen Khoong on the overnight policy rate (OPR) and dampening effect on the property sector.

AWANI Pagi: Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan
Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan seolah-olah menjadi fenomena di Malaysia ketika ini. Apakah faktor kejayaan filem berlatar sejarah ini? Bolehkah ia dilabel sebagai biopik terhebat alaf ini selepas mengutip berjuta-juta ringgit selepas dua minggu tayangannya? #AWANInews #MalaysiaSihat #AWANIpagi

Banjir Baling: Penduduk kampung terjejas lega Perdana Menteri umum bantuan awal
Pada masa sama, mereka memohon kerajaan memudahkan proses untuk mendapatkan bantuan berkenaan.

Isu pelanggan tidak puas hati layanan pegawai JPJ selesai
Qiau Wei berkata, dia sudah berjumpa dengan pegawai JPJ tersebut untuk menyelesaikan perkara berkaitan pada Rabu.

Warga emas parah disondol babi hutan
Kejadian berlaku pada jam 9 pagi itu menyebabkan mangsa, Umar Ngah, 78, cedera parah pada lengan kiri dan luka di kepala, telinga serta beberapa anggota badan.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [7 Julai 2022] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [7 Julai 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976853/thumbnails/21944859291657155083138_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [7 Julai 2022]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Hakim Rahman dan Geegee Ahmad dalam #AWANIpagi Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi: - OPR naik 25 mata asas ke 2.25 peratus - Banjir Baling: Tak perlu ke kawasan bencana semata-mata untuk konten media sosial - Polis #AWANInews #MalaysiaSihat

Pemindahan jantung: DNA virus haiwan ditemui pada jantung babi
David Bennett Sr. meninggal dunia pada Mac, dua bulan selepas menerima jantung babi.