DUNIA
Penasihat Amerika didakwa simpan dokumen sulit, jumpa pegawai China
Pada lewat malam 25 September, Tellis dilaporkan memasuki bangunan Jabatan Negara, tempat beliau berperanan sebagai penasihat tanpa bayaran dan dilihat mencetak dokumen rahsia berkaitan teknik Angkatan Tentera Udara AS.
WASHINGTON: Seorang sarjana terkenal Amerika Syarikat (AS) yang juga penasihat kepada kerajaan AS berdepan pertuduhan memiliki maklumat sulit dan didakwa mengadakan pertemuan dengan pegawai kerajaan China, menurut pihak pendakwa pada Selasa (14 Okt).
Ashley Tellis, 64, yang telah berkhidmat dan memberi nasihat kepada kerajaan AS selama lebih dua dekad, didapati menyimpan lebih 1,000 halaman dokumen rahsia dan sulit di kediamannya, menurut afidavit jenayah yang difailkan.
Pada lewat malam 25 September, Tellis dilaporkan memasuki bangunan Jabatan Negara, tempat beliau berperanan sebagai penasihat tanpa bayaran dan dilihat mencetak dokumen rahsia berkaitan teknik Angkatan Tentera Udara AS, menurut afidavit itu.
Dokumen sama turut mendedahkan bahawa Tellis beberapa kali bertemu pegawai kerajaan China di sebuah restoran di kawasan pinggir bandar Washington, Fairfax, Virginia.
Dalam satu pertemuan, Tellis dilihat membawa masuk sebuah sampul tetapi tidak keluar bersama sampul itu.
Pada dua pertemuan lain, pegawai China berkenaan menyerahkan beg hadiah kepadanya, menurut afidavit tersebut.
Sekiranya disabitkan kesalahan kerana menyimpan dokumen secara haram, Tellis berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda AS$250,000, menurut Jabatan Kehakiman AS.
“Pertuduhan dalam kes ini mewakili ancaman serius terhadap keselamatan dan kesejahteraan rakyat kita,” kata Lindsey Halligan, peguam negara bagi daerah timur Virginia yang dikenali kerana mengemukakan pertuduhan terhadap pengkritik Presiden Donald Trump.
Jabatan Negara mengesahkan bahawa Tellis ditahan pada Sabtu iaitu hari sama beliau dijadualkan berlepas ke Rom, namun, enggan mengulas lanjut memandangkan siasatan masih berjalan.
Tellis, seorang warganegara AS kelahiran India, ialah felo kanan di Carnegie Endowment for International Peace dan pernah memegang jawatan tinggi dalam pentadbiran bekas Presiden George W. Bush.
Beliau turut memainkan peranan penting dalam rundingan perjanjian nuklear sivil antara AS dan India di era Bush - satu langkah penting dalam memperkukuh hubungan antara dua negara demokrasi terbesar dunia itu.
Namun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Tellis dikenali sebagai antara tokoh yang paling lantang mengkritik strategi AS mendekati India.
Dalam esei terbaharu yang diterbitkan di Foreign Affairs, Tellis menegaskan bahawa dasar India sering bercanggah dengan kepentingan AS - termasuk hubungan rapatnya dengan Rusia dan Iran - serta meragui kemampuan India untuk menandingi kekuatan China dalam masa terdekat.
Pada Ogos lalu, Presiden Trump mengenakan tarif besar terhadap India berhubung pembelian minyak negara itu daripada Rusia.
Peguam yang mewakili Tellis belum memberikan sebarang maklum balas terhadap permintaan media untuk mengulas. - Agensi