awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenyataan Hamzah Zainudin letak jawatan Ketua Pembangkang adalah palsu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencemaran udara sumbang peningkatan kematian COVID-19 - Kajian

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
25/03/2021
05:53 MYT
Pencemaran udara sumbang peningkatan kematian COVID-19 - Kajian
Kemasukan ke hospital untuk sejumlah penyakit seperti kegagalan buah pinggang dan septisemia (jangkitan salur darah) telah meningkat setiap kali pencemaran meningkat. - Foto REUTERS/Carlos Garcia Rawlins
KUALA LUMPUR: Pencemaran udara menjadi antara faktor mengapa sesetengah kawasan merekodkan jumlah kematian akibat virus COVID-19 yang tinggi.
Hasil kajian mendapati, pencemaran udara telah melemahkan sistem imun dan menyebabkan keradangan di saluran pernafasan, sekali gus menyukarkan tubuh badan menentang virus pernafasan.
Ia berdasarkan kajian dilakukan Profesor Biostatistik Kesihatan Awam, Francesca Dominici serta pasukannya dari Universiti Harvard.
Pada 2017, pasukannya mendapati, walaupun sesuatu kawasan itu merekodkan piawai udara nasional, namun ia masih berkait dengan peningkatan jumlah kematian
"Ini bermakna, piawai yang ditetapkan adalah tidak selamat," kata Francesca seperti dilaporkan National Geographic.
Dua tahun kemudian, pasukan itu melaporkan bahawa kemasukan ke hospital untuk sejumlah penyakit seperti kegagalan buah pinggang dan septisemia (jangkitan salur darah) telah meningkat setiap kali pencemaran meningkat.
Proud to have contributed to this important research: We estimate that particulate air pollution contributed 15% to COVID-19 mortality worldwide, 27% in East Asia, 19% in Europe, and 17% in North America https://t.co/x1gk0JKOtc @HarvardChanSPH @harvard_data
— francesca dominici (@francescadomin8) October 27, 2020
Ketika COVID-19 menjadi pandemik, Francesca dan pasukannya melakukan kajian silang data bersama Johns Hopkins University untuk melihat jumlah kematian di setiap daerah di Amerika Syarikat.
"Kadar kematian dilihat meningkat di kawasan yang merekodkan bacaan melebihi PM (particulate matter) 2.5, iaitu kawasan yang berpuluh tahun terdedah dengan pencemaran udara," katanya.
Di peringkat global, pasukan itu mendapati negara yang merekodkan pencemaran udara sederhana menyumbang kepada 15 peratus kes kematian COVID-19.
Sementara negara yang mengalami pencemaran udara yang serius terutama di Asia Timur menyumbang kepada 27 peratus kes kematian COVID-19.
"Ia bukan sesuatu yang mengejutkan, sebaliknya ia masuk akal dan membuktikan hasil kajian yang dilakukan sebelum ini," katanya.
Kajian menunjukkan pencemaran udara akan menyebabkan seseorang individu itu boleh mengalami strok, penyakit jantung, serangan jantung, kegagalan fungsi organ serta tekanan darah tinggi.
Topic Berkaitan
#pencemaran udara
#faktor mempengaruhi kematian COVID-19
#jumlah kematian
#pandemik
#COVID-19
#virus
#kesihatan
#Johns Hopkins University
#Harvard University
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan