awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencerobohan Israel berterusan di selatan Lubnan ketika ketegangan meningkat di Naqoura

Bernama
Bernama
03/01/2025
11:00 MYT
Pencerobohan Israel berterusan di selatan Lubnan ketika ketegangan meningkat di Naqoura
Tentera rejim Israel terus melakukan pencerobohan di kampung-kampung di selatan Lubnan, termasuk merobohkan rumah-rumah di kawasan kejiranan Naqoura. -Gambar fail/Reuters
BEIRUT: Tentera rejim Israel pada Jumaat terus melakukan pencerobohan di kampung-kampung yang diduduki di selatan Lubnan, dengan jentolak merobohkan rumah-rumah di kawasan kejiranan Naqoura, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).

Ringkasan AI
  • Tentera rejim Israel terus melakukan pencerobohan di kampung-kampung di selatan Lubnan, termasuk merobohkan rumah-rumah di kawasan kejiranan Naqoura, menyebabkan kelewatan kemasukan Tentera Lubnan ke bandar tersebut.
  • Lebuh raya Tyre-Naqoura menyaksikan peningkatan aktiviti dengan rondaan pasukan UNIFIL dan Tentera Lubnan, yang turut memasang penghadang konkrit di jalan Hamra-Biyada untuk mengehadkan akses ke Naqoura kecuali untuk kenderaan dan kakitangan UNIFIL.
  • Pasukan kejuruteraan Tentera Lubnan sedang menjalankan pemeriksaan menyeluruh di kawasan yang baru dikosongkan seperti Shamaa dan Bayada.

Tindakan ini menyebabkan kelewatan kemasukan Tentera Lubnan ke bandar terbabit, yang juga merupakan lokasi ibu pejabat Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) pada Khamis lalu.
Sementara itu, lebuh raya Tyre-Naqoura menyaksikan peningkatan aktiviti, dengan rondaan pasukan UNIFIL bergerak bersama-sama unit Tentera Lubnan.
Tentera Lubnan turut memasang penghadang konkrit di jalan Hamra-Biyada yang menghala ke Naqoura, mengehadkan akses ke bandar itu kecuali untuk kenderaan dan kakitangan UNIFIL.
Pasukan kejuruteraan Tentera Lubnan sedang menjalankan pemeriksaan menyeluruh di kawasan yang baharu sahaja dikosongkan seperti Shamaa dan Bayada.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Israel
#selatan Lubnan
#kejiranan Naqoura
#tentera Lubnan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan