DUNIA
Pencipta komik 'Dilbert' Scott Adams meninggal dunia
Scott Adams, kartunis dan penulis siri komik Dilbert, meninggal dunia pada usia 68 tahun akibat kanser prostat metastatik. -Foto AP
NEW YORK: Scott Adams, kartunis dan penulis terkenal yang mencipta siri komik Dilbert, meninggal dunia pada usia 68 tahun.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Pemergian mendiang adalah disebabkan kanser prostat metastatik, menurut pengumuman bekas isterinya, Shelly Miles, dalam siaran langsung YouTube pada Selasa.
Adams pada Mei tahun lepas mendedahkan beliau menghidap kanser prostat agresif yang telah merebak ke tulang, menyebabkan beliau hilang deria kaki dan masalah jantung ringan.
Komik Dilbert pertama kali diterbitkan pada April 1989 dan menjadi sindiran popular terhadap budaya pejabat korporat, sehingga disiarkan di lebih 2,000 akhbar seluruh dunia.
Adams memenangi Anugerah Reuben pada 1997 dan pernah disenaraikan majalah Time sebagai antara rakyat Amerika paling berpengaruh.
Kerjayanya bagaimanapun tercemar selepas beberapa akhbar utama menggantung penerbitan Dilbert pada awal 2023 berikutan kenyataan kontroversial yang dianggap berbaur perkauman.
Beliau kemudian melancarkan versi berbayar Dilbert Reborn secara dalam talian.
Reaksi terhadap pemergian Adams turut diterima daripada tokoh politik termasuk Presiden Donald Trump yang memuji keberaniannya melawan penyakit, manakala Timbalan Presiden AS J.D. Vance menyifatkan beliau sebagai “warga Amerika sejati”.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Scott Adams, kartunis dan penulis siri komik Dilbert, meninggal dunia pada usia 68 tahun akibat kanser prostat metastatik sebagaimana diumumkan oleh bekas isterinya, Shelly Miles, dalam siaran langsung YouTube.
- Adams menghidap kanser prostat agresif yang merebak ke tulang, menyebabkan kehilangan deria kaki dan masalah jantung ringan sejak Mei tahun lepas.
- Komik Dilbert yang pertama kali diterbitkan pada April 1989 telah menjadi sindiran popular terhadap budaya pejabat korporat dengan disiarkan di lebih 2,000 akhbar seluruh dunia.
Pemergian mendiang adalah disebabkan kanser prostat metastatik, menurut pengumuman bekas isterinya, Shelly Miles, dalam siaran langsung YouTube pada Selasa.
Adams pada Mei tahun lepas mendedahkan beliau menghidap kanser prostat agresif yang telah merebak ke tulang, menyebabkan beliau hilang deria kaki dan masalah jantung ringan.
Komik Dilbert pertama kali diterbitkan pada April 1989 dan menjadi sindiran popular terhadap budaya pejabat korporat, sehingga disiarkan di lebih 2,000 akhbar seluruh dunia.
Adams memenangi Anugerah Reuben pada 1997 dan pernah disenaraikan majalah Time sebagai antara rakyat Amerika paling berpengaruh.
Kerjayanya bagaimanapun tercemar selepas beberapa akhbar utama menggantung penerbitan Dilbert pada awal 2023 berikutan kenyataan kontroversial yang dianggap berbaur perkauman.
Beliau kemudian melancarkan versi berbayar Dilbert Reborn secara dalam talian.
Reaksi terhadap pemergian Adams turut diterima daripada tokoh politik termasuk Presiden Donald Trump yang memuji keberaniannya melawan penyakit, manakala Timbalan Presiden AS J.D. Vance menyifatkan beliau sebagai “warga Amerika sejati”.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apa sebab kematian Scott Adams?
A: Scott Adams meninggal dunia pada usia 68 tahun akibat kanser prostat metastatik, mengikut pengumuman bekas isterinya, Shelly Miles. - Q: Apakah penyakit yang dialami oleh Scott Adams sejak Mei tahun lepas?
A: Scott Adams menghidap kanser prostat agresif yang merebak ke tulang, menyebabkan kehilangan deria kaki dan masalah jantung ringan sejak Mei tahun lepas. - Q: Apa kejayaan yang dicapai oleh Scott Adams sepanjang kariernya?
A: Scott Adams memenangi Anugerah Reuben pada 1997 dan disenaraikan oleh majalah Time sebagai antara rakyat Amerika paling berpengaruh.