Seorang pendaki gunung dari India disahkan maut di Gunung Everest manakala dua rakan pendakiannya masih hilang, ujar penganjur ekspedisi pada Isnin.
Insiden terbaru itu menjadikan angka kematian sejumlah lima orang dalam musim pendakian pergunungan Himalaya setakat ini.
Pendaki itu telah sampai di ketinggian 8,849 meter pada Sabtu namun rebah ketika menuruni tembok ais Hillary Step, seterusnya meninggal dunia pada hari berikutnya.
Dia merupakan antara empat warga India yang hilang hubungan dengan operator pada petang Sabtu, ujar Loben Sherpa dari Trekking Camp Nepal, yang menganjurkan ekspedisi mereka ke Gunung Everest.
Para pegawai ekspedisi telah menghubunginya dan rakan pendaki, Sunita Hazra, pada Ahad dan membantu mereka sampai ke Kem 3, namun kedudukan dua lagi pendaki tidak diketahui.
“Dia meninggal dunia ketika sedang dibawa turun. Kami sudah menghantar helikopter untuk membawa Sunita pulang. Kami tidak ada sebarang khabar tentang dua lagi pendaki,” ujar Sherpa.
Nepal mengeluarkan 289 permit kepada warga asing bagi sesi pendakian singkat dalam musim bunga tahun ini, iaitu dari pertengahan April ke penghujung Mei.
Permit itu diberikan setelah aktiviti pendakian di gunung itu dihentikan pada tahun 2014 dan 2015.
Ratusan pendaki meninggalkan Everest tahun lalu setelah berlaku runtuhan salji akibat gempa bumi hingga mengorbankan 18 orang.
Pada tahun 2014, hanya seorang pendaki berjaya menjejak ke puncak Everest sele[as runtuhan salji membunuh 16 penunjuk arah warga Nepal pada tahun yang sama.
Agensi
Mon May 23 2016
Insiden terbaru itu menjadikan angka kematian sejumlah lima orang dalam musim pendakian pergunungan Himalaya setakat ini. - Gambar fail
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
DJI hantar kargo di Gunung Everest guna dron
Dron DJI FlyCart 30 (FC30) berjaya membawa kargo dalam bentuk tong oksigen, beg sandang dan bekalan makanan sehingga 15 kilogram.
Sherpa Kami Rita pecah rekod sendiri dengan pendakian Everest buat kali ke-29
Kami Rita Sherpa, telah berjaya mendaki puncak Gunung Everest buat kali ke-29, memecahkan rekodnya sendiri sebagai pendaki yang paling kerap menawan puncak gunung tertinggi di dunia.
Usaha kesan Hawari diteruskan dengan ganjaran AS$5,000
Ganjaran itu akan diberikan kepada sherpa atau individu khususnya yang berada di Everest pada musim mendaki tahun ini.
Nagarajan stabil, dirawat di hospital
Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Rabu disambut pasukan perubatan HCTM.
Seorang lagi pendaki hilang di Everest
Pendaki Hungary itu dipercayai cuba menawan Everest secara bersendirian tanpa bekalan oksigen dan bantuan malim gunung.
Misi pencarian Hawari: Pulau Pinang hulur bantuan RM500,000
MMK sebulat suara bersetuju menyalurkan sumbangan RM500,000 bagi meringankan beban kos SAR Muhammad Hawari.
Jenazah Awang Askandar selamat tiba di Everest Base Camp
Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, selamat tiba di Everest Base Camp pada jam 9.50 pagi waktu Nepal hari ini.
Allahyarham Awang Askandar mahu wujudkan pasukan penyelamat ekstrem - Abang
Lebih daripada itu, Allahyarham bercita-cita untuk mewujudkan pasukan penyelamat APM yang mampu melaksanakan tugas dalam cuaca ekstrem.
Jenazah pendaki Malaysia dibawa turun ke Kathmandu hari ini - Wisma Putra
Usaha membawa turun jenazah Pengarah APM Kedah yang meninggal dunia Jumaat lepas dari Everest Base Camp ke Kathmandu menggunakan helikopter akan dijalankan hari ini.
Pendaki Australia maut di Gunung Everest - Laporan
Jurutera perlombongan Australia Jason Bernard Kennison, peserta ekspedisi ke Gunung Everest, meninggal dunia ketika dalam perjalanan turun.