DUNIA

Pendaki di gunung Austria diselamatkan dengan helikopter selepas tanah runtuh

Bernama 02/07/2025 | 00:20 MYT
Banjir lumpur menyeliputi rumah dan jalan di lembah Gschnitztal, Tyrol, Austria, 1 Julai 2025. (Foto AP)
VIENNA: Pihak berkuasa Austria mengerahkan helikopter tentera untuk memindahkan pendaki dari pondok di Tyrol susulan kejadian tanah runtuh akibat ribut kuat di wilayah barat negara itu, menurut laporan pihak berkuasa negeri pada Selasa.

Kira-kira 100 orang dibawa ke tempat selamat, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Menurut pengurus krisis Tyrol, Elmar Rizzoli kepada penyiar negeri ORF, keadaan tidak selamat untuk pendaki berjalan turun dari tiga pondok berhampiran Gschnitz, sebuah kampung yang mempunyai kira-kira 400 penduduk.

Persatuan Akhbar Austria melaporkan beberapa penduduk Gschnitz dibawa keluar dengan helikopter pada Isnin malam.

Datuk Bandar Andreas Pranger berkata tiada kecederaan dilaporkan dan usaha pembersihan sedang dijalankan untuk mengeluarkan lumpur dari rumah yang terjejas.

Neustift di Lembah Stubai dan Daerah Landeck juga turut dilanda tanah runtuh, menurut pihak berkuasa Tyrol.

Banjir lumpur menyeliputi rumah dan jalan di lembah Gschnitztal, Tyrol, Austria, 1 Julai 2025. (Foto AP)


-- BERNAMA

#tanah runtuh #austria #pendaki gunung #lumpur