[LAPOR LANGSUNG] Sumud Flotilla kini di zon berisiko tinggi menuju Gaza. Ikuti perkembangan di sini
DUNIA

Pendaki maut ketika cuba rakam 'selfie' di puncak gunung bersalji

Sinar Harian 01/10/2025 | 04:30 MYT
Rakan yang lain tidak dapat menyelamatkan Hong (dalam bulatan) yang tergelincir daripada laluan pendakian. - Foto/ Agensi
SEORANG pendaki lelaki berusia 31 tahun, dilaporkan maut dalam insiden tragis ketika cuba merakam swafoto di ketinggian kira-kira 5,300 meter semasa mendaki gunung di China.


Ringkasan AI
  • Seorang pendaki lelaki berusia 31 tahun maut selepas tergelincir ketika cuba merakam swafoto di ketinggian 5,300 meter tanpa menggunakan tali keselamatan dan peralatan pendakian seperti kapak ais.
  • Mangsa dikenali sebagai Hong menyertai ekspedisi ke Puncak Nama di wilayah Sichuan tanpa permit mendaki; dia terjatuh hampir 200 meter di kawasan berbatu dan disahkan meninggal di lokasi kejadian.
  • Pasukan penyelamat dikerahkan ke lokasi, manakala jasad mangsa telah dipindahkan ke Bandar Gunung Gongga untuk urusan pengebumian.


Insiden itu menimpa lelaki dikenali sebagai Hong, ketika menyertai ekspedisi mendaki Puncak Nama, cabang Gunung Gongga berketinggian 5,588 di wilayah Sichuan pada minggu lalu.

Menurut saksi, mangsa tergelincir setelah dia membuka tali keselamatan kerana mahu merakamkan gambar di puncak gunung dilitupi salji.

"Dia juga tidak menggunakan peralatan seperti kapak ais untuk berpaut hingga menyebabkannya hilang keseimbangan tubuh lalu terjatuh pada ketinggian hampir 200 meter di kawasan berbatu," menurut laporan media.

Pihak berkuasa mendapati Hong bersama rakan pendaki lain tidak memohon permit mendaki.

Pasukan penyelamat termasuk anggota komuniti telah dikerahkan untuk tindak balas kecemasan di kawasan berkenaan.

Hong disahkan mati di lokasi kejadian dan jasadnya dipindahkan ke Bandar Gunung Gongga untuk urusan pengebumiannya. - Sinar Harian/ Agensi




#pendaki jatuh #selfie #video tular #China