Pendapatan iklan Twitter jatuh hampir 50 peratus - Elon Musk

Agensi
Julai 16, 2023 10:08 MYT
Twitter mula membahagikan pendapatan bersama pembangun kandungan dalam usaha mengekalkan platform serta memastikan lebih banyak kandungan diterbitkan di Twitter. - Gambar fail/Bernama
NEW YORK: Bilionair yang juga pemilik Twitter, Elon Musk mengumumkan syarikat itu kehilangan kira-kira separuh daripada pendapatan iklan.
Ciapan terbaharu Musk ini mungkin tidak mengejutkan ramai pihak memandangkan perkara tersebut sudah dijangka.
“Aliran tunai Twitter masih kekal negatif buat masa ini, apatah lagi disebabkan oleh kejatuhan pendapatan iklan hampir 50 peratus.
“Selain itu, ia juga disebabkan oleh hutang tinggi yang ditanggung oleh Twitter,” katanya dalam ciapan balas seorang pengguna yang memberikan cadangan mengenai pembiayaan bagi platform tersebut.

Were still negative cash flow, due to ~50% drop in advertising revenue plus heavy debt load. Need to reach positive cash flow before we have the luxury of anything else.

— Elon Musk (@elonmusk) July 15, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada minggu ini juga, Twitter mula membahagikan pendapatan bersama pembangun kandungan dalam usaha mengekalkan platform serta memastikan lebih banyak kandungan diterbitkan di Twitter.
“Kami perlu mencapai aliran tunai positif sebelum kita mencapai kemewahan lain," tambahnya tanpa memberikan penjelasan lanjut.
Insider Intelligence melaporkan bahawa Twitter dijangka hanya mendapatkan kurang daripada AS$3 bilion (RM13.6 billion) pada tahun 2023, mengalami penurunan sepertiga berbanding dengan tahun 2022.
Perubahan yang dilaksanakan oleh Musk sejak mengambil alih Twitter telah menyebabkan pengguna dan pengiklan tidak berpuas hati.
Musk yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc, mencapai rundingan untuk membeli Twitter Inc dengan bayaran tunai sebanyak AS$44 bilion (RM191.44 bilion) pada Oktober tahun lalu.
#Elon Musk #Twitter #pendapatan Twitter #Tesla Inc