TOKYO: Pengumuman Jepun untuk pelepasan air radioaktif yang dirawat dari loji nuklear Fukushima ke Lautan Pasifik, telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada penduduk di negara jiran.
Tidak lama selepas pengumuman itu dibuat, pejabat kastam China menyatakan larangan sedia ada terhadap makanan laut import dari Fukushima dan beberapa wilayah akan segera dilanjutkan untuk melindungi kesihatan pengguna China.
Dalam pada itu, banyak pihak mengharapkan Hong Kong akan mengikuti langkah yang sama dalam beberapa hari akan datang.
Situasi ini juga dilihat menjadi pukulan hebat kepada Jepun. China dan Hong Kong yang menyumbang hampir separuh daripada semua eksport makanan laut Jepun - berjumlah AS$1.1 bilion (RM5.1 bilion) setiap tahun.
Dalam masa sama, media sosial di negara China dibanjiri dengan penulisan penduduk yang risau mengenai kesan jangka panjangnya terhadap ikan yang disajikan di restoran di seluruh dunia.
"Ini bukan hanya soal sama ada makanan laut selamat untuk dimakan. Peraliran arus bermaksud ini akan memberi kesan kepada seluruh dunia,” menurut salah satu komen di laman media sosial, Weibo.
Profesor Madya Kimia Nuklear di Sweden, Mark Foreman turut memaklumkan individu yang mengambil banyak makanan laut hanya boleh terdedah kepada dos sinaran "rendah" - dalam julat 0.0062 hingga 0.032 mikroSv setahun.
Tambah beliau, manusia secara selamat boleh terdedah kepada puluhan ribu kali lebih banyak daripada itu - atau sehingga 1,000 mikroSv sinaran setahun namun ia tetap menjadi kebimbangan ramai.
Jepun pada Khamis mula melepaskan air radioaktif yang dirawat dari loji nuklear Fukushima ke Lautan Pasifik biarpun rancangan itu mendapat kritikan hebat dan sekatan import makanan laut oleh China, Korea Utara serta Hong Kong.
Malah kumpulan nelayan Jepun sendiri mengakui mereka bimbang pelepasan air itu akan mendorong kepada kemusnahan reputasi sektor makanan laut negara itu.
Agensi
Thu Aug 24 2023
Situasi ini juga dilihat menjadi pukulan hebat kepada Jepun. China dan Hong Kong yang menyumbang hampir separuh daripada semua eksport makanan laut Jepun - berjumlah AS$1.1 bilion (RM5.1 bilion) setiap tahun.- Foto REUTERS
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Seorang maut, tujuh hilang helikopter tentera Jepun terhempas
Ketika ini punca kejadian tidak diketahui, namun kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa.
Boeing hasrat tawarkan kereta terbang di Asia menjelang 2030
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak dengan kenderaan.
Empangan bawah tanah: Kedah akan hantar pasukan teknikal ke Jepun
Cadangan membina empangan bernilai lebih RM300 juta itu telah diluluskan di peringkat Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.
'Yuza San' kongsi budaya masyarakat majmuk Malaysia menerusi Majlis Perbandaran Hioki
Selepas mendapat banyak pendedahan mengenai Malaysia, ramai penduduk Hioki, sebuah bandar kecil di Wilayah Kagoshima, Jepun dilihat amat berminat dengan kebudayaan dan warisan negara.
Panda gergasi tertua di Jepun mati akibat sakit jantung pada usia 28 tahun
Panda gergasi tertua di Jepun dilaporkan mati pada usia 28 tahun di Zoo Kobe Oji di bandar barat Kobe, menurut zoo itu hari ini, lapor Jiji Press.
FIFA batal perlawanan kelayakan Piala Dunia Korea Utara, Jepun
FIFA berkata bahawa perlawanan kelayakan Piala Dunia yang dijadualkan berlangsung di Pyongyang tidak akan diadakan.