[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Bebas dalam Kes SRC RM27 Juta – Ikuti Perkembangan di Sini
INTERNATIONAL

Penduduk Florida siap sedia hadapi Taufan Milton

Astro Awani 09/10/2024 | 01:15 MYT
Pusat Taufan Kebangsaan menjangkakan kelajuan angin Milton akan mencapai sehingga 270 kilometer sejam sebelum ia mendarat. - Foto AP
FLORIDA: Penduduk di Florida, Amerika Syarikat (AS) sedang bersiap sedia hadapi Taufan Milton yang dijangka akan melanda kawasan itu pada Rabu malam.
Taufan berkenaan telah dinaik taraf sebagai taufan kategori lima.
Pusat Taufan Kebangsaan menjangkakan kelajuan angin Milton akan mencapai sehingga 270 kilometer sejam sebelum ia mendarat.
Sebelum ini Presiden AS Joe Biden menggesa penduduk untuk berpindah bagi menyelamatkan nyawa.
Kurang daripada dua minggu lalu kawasan sama dilanda Taufan Helene yang meragut nyawa 225 orang di Florida, Georgia, South Carolina, Tennessee, Virginia dan North Carolina.
#Taufan Milton #angin kencang #Taufan Helene #perpindahan