[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
INTERNATIONAL

Penduduk Gaza 'gempar' temui kubur purba di belakang rumah

APTN 26/01/2018 | 21:56 MYT
Seorang penduduk gempar selepas menemui kubur purba di belakang rumahnya. - Gambar ASSOCIATED PRESS
SEORANG penduduk Beth Hanoun di Semenanjung Gaza gempar selepas menemui sebuah tanah perkuburan purba di belakang rumahnya.
Abdelkarim al-Kafarna berkata pada Jumaat, dia menemui sebuah makam yang yang terdiri daripada sembilan lubang dengan tulang dan beberapa periuk tanah liat.
Menurut Al-Kafarna, tapak tersebut ditemui secara tidak sengaja olehnya selepas hujan lebat melanda.
Ahli arkeologi di Gaza percaya bahawa tapak tersebut berusia sekitar dua ribu tahun sejak zaman Rom sewaktu sebahagian wilayah itu menjadi sebahagian daripada empayar mereka.
Bagaimanapun ujian lanjut mengenai kesahihan usia tapak tersebut perlu dilakukan bagi mendapatkan usia sebenar tapak bersejarah itu.
#Abdelkarim al-Kafarna #Beth Hanoun #empayar #Gaza #kubur purba #Rom