awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk kampung 'borong' kereta selepas jadi jutawan segera

Sinar Harian
Sinar Harian
18/02/2021
22:26 MYT
Penduduk kampung 'borong' kereta selepas jadi jutawan segera
Penduduk jutawan 'borong' beli kereta. -Sinar Harian/Detik News
TUBAN: Penduduk kampung Sumurgeneng bergelar jutawan segera selepas memperoleh wang pampasan tanah yang dibeli oleh syarikat minyak di Jawa Timur, Indonesia.
Dianggarkan 225 pemilik bersetuju tanah mereka dijual dengan setiap seorang menerima Rp8 bilion (RM2.3 juta) dan lokasi itu bakal dibangunkan sebuah kilang pemprosesan minyak, lapor Detik News pada Khamis.
Ketua Kampung Sumurgeneng, Gihanto, mengesahkan perkara itu.
"Benar, penduduk kampung menjadi 'jutawan segera'.
"Ramai sibuk membeli kereta. Sebanyak 176 kereta baharu telah dihantar ke kampung ini dan selebihnya masih dalam proses dokumen," katanya.
Menurutnya, pembelian kereta secara berkelompok menjadikan kampung itu tular di laman sosial.
"Apabila penghantaran sebanyak 17 kereta secara serentak di kampung ini, ia menjadi bualan hangat netizen dan tular di laman sosial.
"Kami tidak menyangka perkara ini mendapat perhatian ramai pihak," katanya yang bersyukur kehidupan penduduk lebih baik terutama dalam tempoh pandemik Covid-19.
Seorang penduduk dikenali sebagai Tain, 38, berkata tanah itu dijual sebelum COVID-19 melanda negaranya.
"Ya, tanah dijual sebelum COVID-19 tetapi proses pembayaran agak lewat kerana negara dilanda wabak ini jadi semua urusan tergendala.
"Tetapi kini, semuanya sudah selesai dan wang pampasan sudah dibayar," katanya.
Seorang lagi penerima, Siti Nurul Hidayatin bersyukur kerana kehidupannya jauh lebih baik terutama ketika menghadapi pandemik COVID-19.
"Kami juga bersyukur dengan apa yang telah diberikan oleh Allah. Kampung ini sudah menjadi kampung jutawan," katanya.
Topic Berkaitan
#jutawan segera
#borong kereta
#Sumurgeneng
#wang pampasan tanah
#Rp8 bilion
#Gihanto
#176 kereta baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan