[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
INTERNATIONAL

Penduduk kampung di Honduras gempar mayat 'ketuk' keranda dari dalam

Madiha Abdullah 27/08/2015 | 07:54 MYT
Pemeriksaan pasukan perubatan tidak menemui sebarang tanda Perez masih hidup ketika dikebumikan. Foto/Youtube Primer Impacto
Sebuah keluarga di Honduras gempar apabila keranda yang ingin dikebumikan tiba-tiba diketuk dari dalam.
Keluarga Nelsy Perez kemudiannya pantas memecahkan keranda itu dan mengejarkan mayat Perez ke hospital. Namun apabila diperiksa pasukan perubatan, tiada tanda yang menunjukkan Perez masih hidup.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, terdapat tanda seolah-olah keranda itu diketuk dengan kuat di bahagian dalam, selain kesan pada cakaran pada kuku mayat.
Beberapa portal media tempatan mula menyiarkan video kejadian yang berlaku Julai lalu, di mana penduduk kampung dilihat memecahkan keranda dan mengeluarkan mayat Perez.
Laporan kematian misteri Nelsy Perez di sebuah stesen televisyen Honduras. Kredit video: Laman Youtube Primer Impacto.
Perez, 16, yang hamil tiga bulan, telah disahkan meninggal dunia akibat penyakit misteri yang disifatkan penduduk kampung itu sebagai 'buatan orang'.
Menurut laporan perubatan, kesan keranda diketuk itu mungkin akibat daripada gas yang dilepaskan oleh mayat yang sedang mereput.
#Honduras #Nelsy Perez #perubatan