DUNIA
Penduduk Kristian Palestin di Taybeh diserang, tindakan pelampau Israel dikecam
Pelampau Israel menyerang kampung Kristian Palestin Taybeh di Tebing Barat, membakar kenderaan dan menulis ancaman perkauman dalam tulisan Ibrani pada harta awam. -Foto X / Government Communication Center
RAMALLAH: Sekumpulan pelampau Israel dilapor menyerang kampung Taybeh, sebuah penempatan Kristian Palestin di Tebing Barat yang diduduki, dalam insiden yang berlaku sekitar jam 2 pagi Ahad.
Ringkasan AI
Menurut kenyataan rasmi pihak Berkuasa Palestin (PA), kumpulan penyerang itu membakar beberapa kenderaan milik penduduk dan menulis mesej ancaman berunsur perkauman dalam tulisan Ibrani pada dinding rumah dan harta awam.
Seorang penduduk Taybeh yang ditemui agensi berita AFP berkata, sekurang-kurangnya dua kenderaan musnah dalam serangan tersebut, yang disifatkan sebagai cubaan menakut-nakutkan komuniti Kristian yang berjumlah kira-kira 1,300 orang di kawasan itu.
Kementerian Luar PA menyifatkan insiden itu sebagai keganasan pelampau dan menggesa masyarakat antarabangsa agar mengambil tindakan tegas terhadap pelaku serta sistem keadilan yang membenarkan kekebalan undang-undang.
Duta Jerman ke Israel, Steffen Seibert, turut mengecam serangan tersebut menerusi platform X.
“Pelampau ini mungkin mendakwa Tuhan memberikan mereka tanah ini. Namun hakikatnya, mereka hanyalah penjenayah yang bertentangan dengan ajaran mana-mana agama,” tulis Seibert.
Taybeh, yang terkenal dengan kilang bir dan warisan gereja Byzantine, telah menjadi sasaran beberapa serangan oleh penjarah Israel sejak beberapa bulan lalu, termasuk cubaan membakar gereja purba dan tanah pertanian milik penduduk.
Polis Israel mengesahkan kehadiran pasukan keselamatan di lokasi kejadian dan berkata siasatan sedang dijalankan, namun tiada tangkapan dibuat setakat ini.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Sekumpulan pelampau Israel menyerang kampung Kristian Palestin Taybeh di Tebing Barat, membakar kenderaan dan menulis ancaman perkauman dalam tulisan Ibrani pada harta awam.
- Pihak Berkuasa Palestin mengutuk serangan itu sebagai keganasan pelampau dan menggesa tindakan antarabangsa, sementara Duta Jerman ke Israel turut mengecam pelaku sebagai penjenayah yang bertentangan dengan ajaran agama.
- Taybeh telah menjadi sasaran serangan berulang oleh penjarah Israel, termasuk cubaan membakar gereja purba, dan polis Israel sedang menyiasat insiden terbaru tanpa sebarang tangkapan setakat ini.