DUNIA
Penduduk Muslim New York rai kemenangan bersejarah Zohran Mamdani
Kemenangan Mamdani mencetuskan sambutan di beberapa kawasan kejiranan termasuk Astoria di Queens, tempat kempen akar umbinya bermula. - Reuters
NEW YORK: Penduduk Muslim New York meraikan kejayaan Zohran Mamdani pada Selasa malam selepas beliau memenangi Pilihan Raya Datuk Bandar, sekali gus mencatat sejarah sebagai seorang Muslim dan berketurunan Asia Selatan pertama yang mengetuai kota raya itu.
Mamdani, 34, seorang ahli politik sosialis daripada Parti Demokrat dan penggubal undang-undang negeri dari Queens, menewaskan calon bebas iaitu bekas Gabenor Andrew Cuomo dan calon Republikan Curtis Sliwa dalam satu daripada kejutan politik terbesar di New York sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Dengan memperoleh lebih 50 peratus undi dan jumlah keluar mengundi melebihi dua juta, kemenangan Mamdani mencetuskan sambutan di beberapa kawasan kejiranan termasuk Astoria di Queens, tempat kempen akar umbinya bermula.
Bagi ramai penduduk Muslim, kemenangan itu membawa makna emosi yang mendalam.
Zamzani Ali, yang tinggal di Brooklyn berkata kepada Anadolu semasa sambutan di hadapan sebuah kafe Yaman di Astoria, bahawa beliau sangat teruja dengan keputusan pilihan raya itu.
"Zohran Mamdani mewakili perjuangan sejagat yang dilalui kebanyakan penduduk bandar raya ini untuk kehidupan lebih baik, gaji setimpal, harga barangan dan sewa yang berpatutan serta keadilan untuk semua," katanya.
Menurut Zamzani, kemenangan Mamdani turut menyentuh hati ramai Muslim di Amerika.
"Umat Islam telah lama bergelut dan menjadi mangsa diskriminasi di Amerika sejak peristiwa 11 September. Jadi apabila seorang Muslim menjadi datuk bandar bagi kota raya yang dahulunya yang menyalahkan Muslim atas pelbagai jenayah dan keganasan, ia sesuatu yang luar biasa," katanya.
Kempen Mamdani memberi tumpuan kepada isu kemampuan hidup dan keadilan sosial, termasuk janji untuk membekukan kadar sewa, menyediakan perkhidmatan bas percuma, penjagaan kanak-kanak universal serta pasar raya dikendalikan bandar raya.
Beliau turut mencadangkan peningkatan gaji minimum kepada AS$30 sejam menjelang 2030 dan menaikkan cukai terhadap syarikat serta golongan jutawan bagi membiayai program berkenaan.
Faizah, 31, seorang guru yang hanya mahu dikenali dengan nama pertama, berkata dasar Mamdani memberinya harapan baharu.
"Sebagai seorang guru, saya rasa banyak dasar beliau yang baik, terutama menyalurkan lebih banyak dana supaya guru dan ibu bapa dapat menumpukan perhatian terhadap pendidikan.
"Sewa di Bandar Raya New York sangat tinggi, jadi langkah membekukan sewa amat bermakna. Saya rasa beliau benar-benar memperjuangkan rakyat," katanya kepada Anadolu.
Bagi yang lain pula, kemenangan itu dianggap sebagai detik perubahan besar.
Badger Shahbain, seorang penduduk Muslim New York yang telah lama mengenali Mamdani, berkata: "Kami sangat berbangga dengannya. Ini akan mengubah sejarah. Cara beliau menang benar-benar mengubah segalanya. Saya yakin beliau akan menjalankan tugasnya dengan baik."
Dalam ucapan kemenangan di Teater Paramount, Brooklyn, Mamdani mengucapkan terima kasih kepada penyokong dan menyeru kepada perpaduan.
"Kami akan membina Dewan Bandaraya yang berdiri teguh bersama penduduk Yahudi New York, dan di mana lebih sejuta Muslim tahu bahawa mereka diterima.
"Tidak akan ada lagi di New York yang menggunakan Islamofobia dan memenangi satu pilihan raya," katanya disambut tepukan gemuruh.
Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) menyifatkan kemenangan Mamdani sebagai "titik perubahan bersejarah" dalam penglibatan politik Muslim di Amerika Syarikat.
"Keupayaan Mamdani untuk menang sambil secara terbuka memperjuangkan hak asasi rakyat Palestin dan berdepan serangan kebencian anti-Islam menandakan penolakan bersejarah terhadap Islamofobia dan perkauman anti-Palestin dalam politik," menurut kenyataan CAIR.
-- BERNAMA