awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jojo lawan 'bidan terjun' di ONE Friday Fights 141
Putera Harry bidas Trump: “Pengorbanan tentera NATO di Afghanistan wajar dihormati”
PM Itali mahu calonkan Presiden Trump untuk Hadiah Nobel Keamanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk New Delhi mengharap hujan, sesak nafas akibat kesan ribut debu

Agensi
Agensi
15/06/2018
09:20 MYT
Penduduk New Delhi mengharap hujan, sesak nafas akibat kesan ribut debu
Pihak Lembaga Kawalan Pencemaran Pusat memberitahu angin kencang membawa debu dari padang pasir di negeri Rajasthan ke Delhi. - Reuters
Pihak berkuasa India mengekluarkan arahan untuk menghentikan sebarang aktiviti pembinaan pada Jumaat dan menghantar lebih banyak lori dengan muatan air, untuk menyembur dan membasahkan jalan-jalan bagi meningkatkan kualiti udara.
Langkah itu diperlukan selepas ibu negara tersebut dilanda ribut debu selama berhari-hari, lapor Reuters.
Paras kualiti udara di New Delhi, salah satu bandar raya paling tercemar berdasarkan data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), telah berubah daripada ‘sangat tidak sihat’ kepada ‘berbahaya’ pada Jumaat.
"Keputusan untuk membasahkan jalan raya dan menghentikan aktiviti pembinaan akan berkuat kuasa sehingga Ahad.
“Pada musim monsun nanti, usaha penanaman pokok besar akan digiatkan,” kata pakar alam sekitar Sunita Narain di Twitternya selepas menghadiri mesyuarat tergempar bersama pihak kerajaan.
Setiap tahun dalam bulan-bulan tertentu, dataran tengah Asia Selatan menyaksikan peningkatan keadaan suhu panas dan angin kencang yang membawa ribut debu.
Pihak Lembaga Kawalan Pencemaran Pusat memberitahu angin kencang membawa debu dari padang pasir di negeri Rajasthan ke Delhi.
Mereka yang mengalami masalah respiratori paling terkesan dengan keadaan itu, dengan kebanyakan daripada mereka segera mendapatkan rawatan di hospital.
India mempunyai 14 bandar yang diancam pencemaran, berdasarkan jumlah partikel di bawah 2.5 mikrogram dalam setiap 1 meter kubik udara.
Topic Berkaitan
#aktivis
#alam sekitar
#India
#New Delhi
#pencemaran udara
#ribut debu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan