KIEV: Buat pertama kalinya penduduk Ukraine berpeluang menonton filem yang memenangi anugerah World Cinema Dramatic kategori Pengarah Terbaik di Festival Filem Sundance 2022.

Memetik laporan TRT News, filem berjudul Klondike yang mengisahkan sebuah keluarga kehilangan tempat tinggal selepas peperangan turut mendapat pencalonan di Anugerah Oscar.

Penulis dan pengarah Klondike, Maryna Er Gorbach berkata, filem ini mengangkat kisah keluarga yang tinggal di sempadan Rusia dan Ukraine sekitar tahun 2014. 

“Mereka tinggal di sebuah kampung yang diduduki di Donbas, di timur Ukraine. Ketika itu juga terjadi nahas pesawat MH17 terhempas mengakibatkan 298 penumpang meninggal dunia.

“Itu adalah permulaan filem ini, tentang bagaimana sebuah keluarga yang baru tersedar berlaku malapetaka yang menimpa dan bagaimana mereka meneruskan kehidupan selepas itu,” katanya.

Sementara itu, tayangan istimewa filem Klondike tetap berlangsung meskipun bekalan eletrik terputus dan siren serangan udara masih kedengaran.

Difahamkan, tayangan filem yang menjalani penggambaran pada tahun 2020 ini terpaksa ditangguhkan disebabkan penularan wabak COVID-19 dan konflik Rusia-Ukraine yang masih belum tamat.

Pelakon pembantu, Oleg Shevchuck mengakui peranannya sebagai pemisah Pro-Rusia mengakui filem ini memiliki idea dan jalan cerita yang kuat.

Dalam masa sama, karyawan yang terlibat dalam filem ini berharap konflik peperangan akan segera berakhir.