awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendudukan Israel di Palestin: ICJ akan keluarkan Pendapat Nasihat 19 Julai ini

Bernama
Bernama
14/07/2024
05:47 MYT
Pendudukan Israel di Palestin: ICJ akan keluarkan Pendapat Nasihat 19 Julai ini
Satu pendengaran awam akan diadakan pada 3 petang di Peace Palace di The Hague di mana Hakim Nawaf Salam, Presiden Mahkamah akan membacakan Pendapat Nasihat itu. -Gambar fail/X @CIJ_ICJ
THE HAGUE: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengumumkan akan mengeluarkan Pendapat Nasihat mengenai kesan perundangan berkaitan tindakan Israel di wilayah Palestin yang diduduki pada minggu depan.
"Pada Jumaat, 19 Julai 2024, Mahkamah Keadilan Antarabangsa akan menyampaikan Pendapat Nasihat berkenaan kesan perundangan yang timbul daripada dasar dan amalan Israel di wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmuqaddis Timur.
"Satu pendengaran awam akan diadakan pada 3 petang di Peace Palace di The Hague di mana Hakim Nawaf Salam, Presiden Mahkamah akan membacakan Pendapat Nasihat itu," menurut ICJ dalam satu kenyataan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Pada 30 Disember 2022, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang meminta ICJ memberikan pendapat nasihat mengenai kesan perundangan yang timbul daripada pendudukan wilayah Palestin oleh Israel sejak 1967, bagaimana dasar dan amalan Israel mempengaruhi status undang-undang pendudukan dan apakah kesan perundangan yang timbul bagi semua negara dan PBB daripada status ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ICJ
#Mahkamah Keadilan Antarabangsa
#Palestin
#Pendapat Nasihat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan