awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran hujan berterusan tahap buruk, waspada di Sarawak - MetMalaysia
Disney bayar denda AS$10 juta selesai dakwaan langgar privasi kanak-kanak
Guatemala catat penurunan deportasi 23 peratus, 55,000 warga dihantar pulang sepanjang 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penembak dua wartawan AS mati bunuh diri

Astro Awani
Astro Awani
27/08/2015
02:04 MYT
Penembak dua wartawan AS mati bunuh diri
Insiden tembakan itu mengorbankan wartawan Alison Parker, 24, (kiri) dan jurukamera Adam Ward, 27, (kanan). - Foto AP menerusi WDBJ
Suspek yang menembak mati dua wartawan dalam satu insiden di Roanoke, Virginia, Amerika Syarikat semalam dilaporkan meninggal dunia di hospital beberapa jam selepas menembak dirinya sendiri.
Vester Flanagan, ditemui pihak berkuasa di Lebuhraya Virginia, beberapa jam selepas insiden tembakan tersebut.
Siasatan polis mendapati Flanagan menyimpan dendam terhadap stesen televisyen WDBJ Channel 7, selepas dipecat dua tahun lalu.
Flanagan juga telah memuat naik video dia menembak salah seorang wartawan Allison Parker menerusi akaun Twitter miliknya, @bryce_williams7.
Selain itu, Flanagan juga menghantar 23 muka surat dokumen kepada stesen ABC News selepas insiden tembakan tersebut, menjelaskan motif tindakannya itu.
Dia mendakwa tindakannya berpunca daripada insiden tembakan di sebuah gereja di Charleston, South Carolina Jun lalu, yang mengorbankan 9 orang.
Flanagan, seorang bekas wartawan penyiaran , dikatakan berdepan masalah diskriminasi perkauman, gangguan seksual dan dibuli ketika bertugas di stesen berkenaan.
Vester Flanagan
Vester Flanagan
Suspek, Vester Lee Flanagan, yang juga dikenal sebagai Bryce Williams. - Foto AFP /WDBJ7-TV
Dalam kejadian malam Rabu itu, seorang wartawan dan seorang jurukamera yang sedang bersiaran secara langsung terbunuh apabila mereka diserang dalam satu insiden tembakan di Roanoke, Virginia, Amerika Syarikat.
Ketika kejadian, mereka sedang bersiaran secara langsung dalam sebuah program pagi bersama seorang tetamu yang sedang ditemu bual.
Serangan yang mengorbankan wartawan Alison Parker, 24, dan jurukamera Adam Ward, 27, itu membuatkan rakan wartawan yang berada di studio berita dan penonton program itu terkejut.
Ketika temu bual itu berlangsung, tiba-tiba kedengaran lebih daripada enam das tembakan dilepaskan dan Parker dan tetamunya menjerit ketakutan.
Tetamu yang ditemubual Parker, Vicki Gardner turut mengalami kecederaan, namun dilaporkan sedang berada di hospital dan dalam keadaan stabil.
Topic Berkaitan
#Adam Ward
#Alison Parker
#tembakan
#Vester Flanagan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan