awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penembak Presiden AS Reagan, John Hickley dibebaskan

Astro Awani
Astro Awani
28/09/2021
04:22 MYT
Penembak Presiden AS Reagan, John Hickley dibebaskan
John Hinckley dilihat tiba di Mahkamah Daerah Colombia bagi menghadapi perbicaraan pada tahun 2003. - Foto fail/AP/Evan Vucci
WASHINGTON: Lelaki yang menembak bekas Presiden Amerika Syarikat, Ronald Reagan serta tiga individu lain telah dibebaskan.
John Hinckley didakwa atas percubaan membunuh bekas presiden itu pada 1981.
Hakim Mahkamah Daerah Columbia, Paul Friedman berkata, Hinckley telah pulih selepas mendapat rawatan psikiatri dan tidak memberi ancaman kepada masyarakat.
"Saya akan membebaskan Hinckley kerana dia didapati telah pulih daripada masalah kesihatan mental yang dihadapinya," katanya.
Pada 2016, Friedman membenarkan Hinckley keluar daripada Hospital Psikiatri di Washington namun mengenakan sekatan perjalanan serta penggunaan internet ke atasnya.
Pendakwa Raya Persekutuan, Kacie Weston bersetuju dengan tindakan membebaskan Hinckley namun berkata ia perlu dilakukan pada Jun 2022 dan dia diletakkan di bawah pengawasan pihaknya.
Pembebasan Hinckley ditentang keras oleh anak perempuan Reagan, Patti Davis yang berkata kepada Washington Post, dia tidak percaya Hinckley telah bertaubat dengan perbuatannya itu.
Reagan cedera selepas terkena tembakan di bahagian paru-paru dalam insiden itu, namun pulih sepenuhnya tidak lama kemudian.
Individu lain yang cedera termasuk Setiausaha Media White House, James Brady, agen perisikan Timothy McCarthy dan anggota polis Washington, Thomas Delahanty.
Hinckley didapati tidak bersalah oleh juri atas sebab menghadapi masalah kesihatan mental pada 1982.
Topic Berkaitan
#John Hinckley
#Ronald Reagan
#percubaan membunuh
#Paul Friedman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan