Penerbangan Aeroflot ditangguh akibat ancaman bom palsu

Agensi
Oktober 14, 2016 02:36 MYT
Menurut pihak berkuasa Switzerland, ancaman dibuat seorang lelaki warga Russia di kaunter tiket syarikat penerbangan itu yang menyatakan terdapat bahan letupan dalam pesawat berkenaan. - Foto REUTERS
Ratusan penumpang terkandas selepas pesawat Aeroflot yang dijadualkan ke Russia menerima ancaman bom.
Menurut pihak berkuasa Switzerland, ancaman dibuat seorang lelaki warga Russia di kaunter tiket syarikat penerbangan itu yang menyatakan terdapat bahan letupan dalam pesawat berkenaan.
Sebaik menerima ancaman, pesawat yang ketika itu sedang bersedia untuk berlepas, terpaksa berpatah balik dan semua 115 penumpang diperiksa.
Pemeriksaan lanjut bagaimanapun tidak menemui sebarang bahan letupan.
Lelaki berkenaan kemudiannya mengaku membuat ancaman bom palsu.
Tiga bulan lalu, lapangan terbang geneva diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga selepas seorang wanita membuat ancaman bom kerana cemburu terhadap suami dan perempuan simpanannya.
#Aeroflot #ancaman bom #palsu #Russia #Switzerland