[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
INTERNATIONAL

Penerbangan Asiana dari Filipina ditangguh lebih 15 jam selepas juruterbang hilang pasport

Bernama 28/03/2025 | 12:45 MYT
Sebuah penerbangan Asiana Airlines Inc. yang menuju ke Incheon dari Filipina ditangguhkan lebih 15 jam pada Jumaat selepas juruterbangnya kehilangan pasport. - Gambar fail/skytrax
SEOUL: Sebuah penerbangan Asiana Airlines Inc. yang menuju ke Incheon dari Filipina ditangguhkan lebih 15 jam pada Jumaat selepas juruterbangnya kehilangan pasport, lapor Agensi Berita Yonhap, memetik pegawai industri.
Penerbangan OZ708 dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Clark, Filipina pada 1.35 pagi waktu tempatan, tetapi juruterbang tidak dapat meneruskan prosedur imigresen selepas pasportnya hilang.
Walaupun pencarian menyeluruh dilakukan di dalam pesawat dan kawasan sekitar, pasport itu gagal ditemukan. Oleh itu, Asiana Airlines mengutuskan juruterbang pengganti dari Korea Selatan, menyebabkan masa pelepasan ditangguhkan selama 15 jam 20 minit.
Syarikat penerbangan itu menyediakan penginapan untuk 135 penumpang di hotel berhampiran dan mengatur pengangkutan dari lapangan terbang.
"Kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh penumpang kami," menurut syarikat itu dalam satu kenyataan.
-- BERNAMA
#Asiana Airlines #penerbangan ditangguh #Juruterbang #hilang pasport #Filipina