DUNIA
Penerbangan Awam Kemboja larang penerbangan melintasi zon pergolakan
Pergolakan bersenjata antara tentera Kemboja dan Thailand tercetus di kawasan sempadan pada Khamis. - Foto AP
PHNOM PENH: Sekretariat Penerbangan Awam Kemboja (SSCA) pada Sabtu melarang semua penerbangan melintasi kawasan bergolak di sempadan dengan Thailand, menurut jurucakap agensi itu seperti dilaporkan Xinhua.
Ringkasan AI
Sinn Chanserey Vutha, yang juga Setiausaha Negara SSCA, berkata semua syarikat penerbangan telah dimaklumkan untuk mengelak kawasan konflik.
Larangan itu kini diperluas meliputi Bandar Poipet, wilayah Pailin dan sebahagian wilayah Siem Reap.
"Semua pesawat diarahkan supaya tidak melintasi ruang udara ini dan ketinggian minimum yang dibenarkan ialah 1,200 meter dari paras laut," katanya dalam mesej audio yang dikeluarkan kepada media.
Vutha berkata langkah itu bertujuan menjamin kelancaran operasi penerbangan serta keselamatan pesawat dan penumpang.
Setakat 10 pagi waktu tempatan pada 26 Julai, penerbangan antarabangsa dari Phnom Penh ke Bangkok dan Siem Reap ke Bangkok masih beroperasi seperti biasa, setelah laluan penerbangan diubah bagi mengelak kawasan larangan, katanya.
Pergolakan bersenjata antara tentera Kemboja dan Thailand tercetus di kawasan sempadan pada Khamis, melibatkan wilayah Oddar Meanchey dan Preah Vihear, sebelum merebak ke wilayah Pursat pada pagi Sabtu, menurut Timbalan Menteri dan Jurucakap Kementerian Pertahanan Kemboja, Leftenan Jeneral Maly Socheata dalam satu sidang media.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Sekretariat Penerbangan Awam Kemboja (SSCA) melarang semua penerbangan melintasi kawasan bergolak di sempadan Thailand-Kemboja termasuk Poipet, Pailin dan sebahagian Siem Reap, demi keselamatan operasi dan penumpang.
- Laluan penerbangan antarabangsa dari Phnom Penh dan Siem Reap ke Bangkok masih beroperasi seperti biasa selepas laluan diubah untuk elak kawasan konflik.
- Pergolakan bersenjata tercetus antara tentera Kemboja dan Thailand di wilayah Oddar Meanchey, Preah Vihear dan merebak ke Pursat, mendorong larangan ruang udara dan kawalan keselamatan tambahan.