INTERNATIONAL
Penerbangan elak ruang udara Pakistan susulan serangan India

Ruang udara Pakistan dikesan tidak digunakan oleh pesawat dari dan ke India lewat malam Selasa hingga awal pagi ini, menurut data dari Flightradar24, susulan ketegangan yang meningkat antara dua negara jiran itu. - Gambar Reuters
ISLAMABAD/: Ruang udara Pakistan dikesan tidak digunakan oleh pesawat dari dan ke India lewat malam Selasa hingga awal pagi ini, menurut data dari Flightradar24, susulan ketegangan yang meningkat antara dua negara jiran itu.
Langkah pengalihan penerbangan ini berlaku selepas India melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Pakistan dan wilayah Kashmir yang ditadbir Pakistan yang mengorbankan sekurang-kurangnya lapan orang.
Pakistan menyifatkan serangan itu sebagai “tindakan peperangan yang nyata” dan antara yang terburuk dalam lebih dua dekad.
Tentera Pakistan berkata, tiga lokasi telah diserang oleh India dan jurucakap tentera memberitahu Reuters, lima pesawat India telah ditembak jatuh - dakwaan yang belum disahkan oleh India.Syarikat penerbangan utama termasuk IndiGo, Air India dan Qatar Airways telah membatalkan penerbangan di kawasan India dan Pakistan berikutan penutupan ruang udara serta lapangan terbang yang terjejas.
Serangan di India dikaitkan dengan insiden serangan militan ke atas pelancong Hindu di Kashmir yang mengorbankan 26 nyawa bulan lalu.
India menyalahkan militan berpangkalan di Pakistan, tetapi Islamabad menafikan penglibatan.
Sejak gencatan senjata pada 2003 yang diperbaharui pada 2021 - serangan sasaran antara kedua-dua negara amat jarang berlaku, khususnya serangan oleh India ke atas kawasan Pakistan di luar wilayah Kashmir. - Agensi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami