Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
DUNIA

Penerbangan AS kembali normal selepas sekatan ditarik balik

Astro Awani 17/11/2025 | 02:50 MYT
Syarikat penerbangan seperti United Airlines dan Delta dijangka menyusun semula jadual penerbangan mereka dan meningkatkan kapasiti menjelang musim cuti yang sibuk. - Foto fail/REUTERS
WASHINGTON: Penerbangan komersial di seluruh Amerika Syarikat (AS) dijangka kembali beroperasi seperti biasa mulai Isnin selepas Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) menarik balik perintah pengurangan kecemasan yang dikenakan semasa penutupan kerajaan baru-baru ini.


Ringkasan AI
  • Penerbangan komersial di seluruh Amerika Syarikat (AS) dijangka beroperasi seperti biasa mulai Isnin selepas FAA menarik balik perintah pengurangan kecemasan semasa penutupan kerajaan.
  • Keputusan tersebut dibuat selepas semakan menyeluruh terhadap keselamatan dan penurunan insiden kekurangan kakitangan di kawasan kawalan trafik udara.
  • Langkah ini dijangka melegakan syarikat penerbangan dan penumpang yang terjejas akibat pembatalan dan kelewatan penerbangan di lebih 40 lapangan terbang utama di AS.


FAA dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan bahawa syarikat penerbangan boleh menyambung semula jadual penerbangan penuh bermula jam 6 pagi waktu Timur (EST).

Keputusan ini dibuat selepas semakan menyeluruh terhadap “trend keselamatan dan penurunan berterusan insiden kekurangan kakitangan di kemudahan kawalan trafik udara,” menurut agensi itu.

Langkah ini dijangka melegakan syarikat penerbangan dan penumpang yang terjejas akibat gangguan besar sejak beberapa minggu lalu, termasuk pembatalan dan kelewatan penerbangan di lebih 40 lapangan terbang utama di AS.

Sekatan sementara itu diperkenalkan semasa penutupan kerajaan persekutuan yang menyebabkan kekurangan kakitangan kawalan trafik udara, memaksa FAA mengurangkan operasi penerbangan bagi menjamin keselamatan.

Dengan penarikan balik sekatan ini, syarikat penerbangan seperti United Airlines dan Delta dijangka menyusun semula jadual penerbangan mereka dan meningkatkan kapasiti menjelang musim cuti yang sibuk.






#penerbangan #beroperasi semula #FAA #penutupan kerajaan