Skip to main content

Dunia

Penerbangan Qatar Airways masih digantung

81713266000_QatarQatarAirways.jpg
Operasi akan disambung sebaik sahaja Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Qatar mengumumkan pembukaan semula ruang udara Qatar dengan selamat. - Gambar fail

ISTANBUL: Qatar Airways mengumumkan pada Selasa bahawa operasi penerbangannya masih digantung buat sementara waktu akibat penutupan ruang udara Qatar, lapor Anadolu Ajansi.

Syarikat penerbangan itu menyatakan: "Qatar Airways akan menyambung semula operasi sebaik sahaja Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Qatar mengumumkan pembukaan semula ruang udara Qatar dengan selamat.

Advertisement

"Kemas kini selanjutnya akan diberikan pada 04 Mac pukul 09:00 waktu Doha (06:00 UTC)."

Syarikat penerbangan itu sebelum ini mengumumkan penggantungan pada 28 Feb dan telah melanjutkannya beberapa kali disebabkan letupan di ibu negara Qatar, Doha, di tengah-tengah serangan AS-Israel ke atas Iran.

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video