Bekas Menteri Pengangkutan Indonesia, Budhi Mulyawan Suyitno hari ini mendedahkan bahawa syarikat penerbangan tambang murah sering mengabaikan aspek keselamatan, sedangkan ia wajib diberi perhatian dan disenaraikan dalam kos operasi.

“Hakikatnya, beberapa syarikat penerbangan masih melanggar peraturan tersebut, seperti membuang minyak atau mengurangkan kos penyelenggaraan,” kata Budhi seperti yang dilaporkan portal berita, Tempo.co.

Dia juga memberitahu bahawa Indonesia telah menerima amaran mengenai penerbangan tambang murah pada 2014 apabila Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) mengeluarkan fakta mengenai faktor keselamatan yang "sering diabaikan oleh syarikat penerbangan tambang murah".

Indonesia, katanya lagi, di bawah kategori 2.

"Dari tahun 2000 hingga 2007, banyak syarikat penerbangan tambang murah memulakan operasi,” katanya sambil menambah pada tahun 2007, ICAO telah mengingatkan Indonesia memandangkan audit akan dilaksanakan pada 2009.

Budhi juga berkata, Indonesia telah membuat penambahbaikan melalui beberapa peraturan untuk menguruskan syarikat penerbangan tambang murah.

“Dari usaha itu, Indonesia berganjak ke kategori 1 dengan indeks 90 peratus pada tahun 2009. Walau bagaimanapun, pada 2014, ia menurun kepada 60 peratus berikutan banyak masalah,” katanya yang mengakui syarikat penerbangan tambang murah mampu melonjakkan ekonomi tetapi operasinya perlu dipantau agar mematuhi peraturan.