Skip to main content

Dunia

Peneroka haram Israel bina pos penempatan baharu di tanah Palestin dekat Ramallah

A general view of the Israeli settlement of Beit El in the Israeli-occupied West Bank. The Palestinian town Surda, near Ramallah, can be seen in the background. July 22, 2026. REUTERS/Ronen Zvulun
Peneroka haram Israel membina pos penempatan baharu di atas tanah milik perseorangan di pekan Turmus Ayya, di utara Ramallah. - Foto REUTERS/Ronen Zvulun
Advertisement

RAMALLAH: Peneroka haram Israel membina pos penempatan baharu di atas tanah milik perseorangan di pekan Turmus Ayya, di utara Ramallah, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Ahli Majlis Perbandaran Turmus Ayya Awad Abu Samra memberitahu WAFA pada Sabtu bahawa puluhan peneroka haram menyerbu kawasan Marj Si'a, yang terletak di antara Turmus Ayya dan Al-Mughayyir, lalu mendirikan rumah mudah alih di atas tanah milik Muhammad Ziyad Talib Hazma.

Abu Samra memaklumkan bahawa kawasan berkenaan merangkumi keluasan kira-kira 900 meter persegi dan peneroka haram terbabit menghalang penduduk tempatan daripada mengakses kawasan itu.

-- BERNAMA-WAFA

 

Must Watch Video

Advertisement