DUNIA
Pengamal media di Afrika Selatan berarak tuntut perlindungan wartawan di Gaza
Lebih 2,000 wartawan dan aktivis Afrika Selatan menyertai perarakan di Cape Town. - Gambar/ Reuters
CAPE TOWN: Wartawan dan petugas media Afrika Selatan mengadakan perarakan di Sea Point, Cape Town pada Ahad, menuntut perlindungan terhadap wartawan Palestin di Gaza serta menyatakan solidariti dengan rakan-rakan mereka yang terkorban, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
Penganjur berkata demonstrasi itu menarik lebih 2,000 peserta, susulan serangan udara pada 10 Ogos terhadap sebuah khemah di luar Hospital Al-Shifa, Bandar Gaza yang mengorbankan lima wartawan Al Jazeera dan seorang wartawan bebas.
Perarakan itu dianjurkan oleh Journalists Against Apartheid (JAA) dan Palestine Solidarity Campaign, dengan sokongan kumpulan termasuk Mothers4Gaza, South African Jews for a Free Palestine dan Healthcare Workers 4 Palestine.
Wartawan Afrika Selatan mengecam tindakan Israel yang didakwa secara sistematik menyasarkan wartawan Palestin kerana mendedahkan jenayah perang dan tindakan genosid.
JAA menyifatkan keadaan di Gaza sebagai "pembantaian media," sambil menuduh media Barat memperbesarkan naratif Israel dan dalam masa sama menutup suara rakyat Palestin.
"Kami berang dengan media Barat yang mengulangi pembohongan Israel tanpa penelitian sambil menutup suara rakyat Palestin, sekali gus membenarkan genosid ini berterusan," kata ahli JAA, Deshnee Subramany ketika membacakan kenyataan organisasi itu.
Kumpulan itu juga mengkritik media Afrika Selatan kerana mengambil bahagian dalam lawatan propaganda tajaan ke Israel tanpa mendedahkan sumber pembiayaan laporan mereka.
Antara tuntutan perarakan itu termasuk pembebasan wartawan Palestin yang ditahan di Gaza dan Tebing Barat, penamatan larangan media oleh Israel, serta membenarkan wartawan asing memasuki Gaza.
Kenyataan terakhir wartawan terkenal Gaza, Anas al-Sharif, iaitu antara mangsa korban terbaharu turut dibacakan oleh wartawan Palestin Aziz Bakr sehingga mengundang sebak dalam kalangan peserta.
Seramai 25 wartawan veteran menandatangani surat solidariti untuk dihantar kepada kerajaan Afrika Selatan dan kedutaan Israel.
Sejak Oktober 2023, Israel membunuh 269 wartawan di Gaza, menurut Al Jazeera yang memetik data daripada Committee to Protect Journalists, International Federation of Journalists serta Shireen.ps, sebuah pangkalan data yang dikumpul wartawan Palestin.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Lebih 2,000 wartawan dan aktivis Afrika Selatan menyertai perarakan di Cape Town bagi menuntut perlindungan terhadap wartawan Palestin dan mengecam serangan udara Israel yang mengorbankan enam wartawan di Gaza pada 10 Ogos.
- Perarakan anjuran Journalists Against Apartheid dan Palestine Solidarity Campaign itu turut menuntut pembebasan wartawan Palestin yang ditahan, penamatan larangan media oleh Israel, serta akses wartawan asing ke Gaza.
- Wartawan Afrika Selatan mengkritik media Barat dan tempatan kerana didakwa menyebarkan naratif berat sebelah serta menyertai lawatan propaganda ke Israel, sambil menyifatkan situasi di Gaza sebagai -pembantaian media.-