Pengarah filem Israel berdepan ugutan bunuh oleh kumpulan sayap kanan

Agensi
Februari 28, 2024 00:15 MYT
uval Abraham berdepan ugutan bunuh selepas memberikan ucapan di Festival Filem Berlin yang menggesa gencatan senjata di Gaza dan menamatkan dasar aparteid Israel ke atas Palestin
WARTAWAN dan pembikin filem Israel, Yuval Abraham berdepan ugutan bunuh selepas memberikan ucapan di Festival Filem Berlin yang menggesa gencatan senjata di Gaza dan menamatkan dasar aparteid Israel ke atas Palestin, yang disifatkan media Israel dan ahli politik Jerman sebagai anti-Semitik.
Sehubungan itu, Abraham berkata, dia telah membatalkan rancangan untuk kembali ke Israel buat sementara waktu selepas kumpulan sayap kanan Israel berkunjung ke kediaman keluarganya untuk mencarinya.
Bahkan, kumpulan berkenaan turut mengancam ahli keluarganya dan memaksa mereka berpindah ke bandar lain pada tengah malam.
Abraham turut memberitahu, rakan seperjuangannya dari Palestin, Basel Adra bahkan, lebih terancam hidupnya "di bawah taklukan tentera yang mengawasi penempatan di Masafer Yatta."
“Ini berlaku selepas media Israel dan ahli politik Jerman secara tidak masuk akal melabel ucapan yang saya sampaikan di Berlin - di mana saya menyeru kesaksamaan antara Israel dan Palestin, gencatan senjata dan penamatan apartheid – sebagai ‘anti-semitik’,” kata Abraham dalam catatan media sosialnya.

A right-wing Israeli mob came to my familys home yesterday to search for me, threatening close family members who fled to another town in the middle of the night. I am still getting death threats and had to cancel my flight home. This happened after Israeli media and German

— Yuval Abraham (@yuval_abraham) February 27, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Menggunakan terma anti-semitik ini oleh orang Jerman bukan sahaja untuk menutup mulut pengkritik Palestin-Israel, tetapi juga untuk menutup mulut orang Israel seperti saya yang menyokong gencatan senjata yang akan menamatkan pembunuhan di Gaza dan membenarkan pembebasan tebusan Israel – menyalahguna maksud perkataan anti-semitik dan dengan itu membahayakan orang Yahudi di seluruh dunia,” tulisnya. - Al Jazeera
#Perang Palestin-Israel #pengarah filem Israel #Yuval Abraham #anti-Semitik