DUNIA
Pengarah Hospital Indonesia di Gaza terkorban dalam serangan udara Israel
Dr Marwan Sultan, dilaporkan terbunuh dalam satu serangan udara tentera Israel ke atas kediamannya di Gaza City, menurut Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas.
GAZA: Pengarah Hospital Indonesia di sini, Dr Marwan Sultan, dilaporkan terbunuh dalam satu serangan udara tentera Israel ke atas kediamannya di Gaza City, menurut Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas.
Menurut kementerian itu, Dr Marwan merupakan seorang tokoh perubatan yang disegani.
Dalam masa sama, kementerian itu mengecam tindakan tersebut yang disifatkan sebagai "jenayah kejam terhadap barisan petugas kesihatan."
Tentera Israel dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menyasarkan “seorang pemimpin utama” Hamas di kawasan Gaza City dan sedang menyemak dakwaan bahawa terdapat “orang awam yang tidak terlibat” turut menjadi mangsa.
Dalam perkembangan lain, sekurang-kurangnya lima orang maut termasuk kanak-kanak, manakala beberapa yang lain cedera dalam satu lagi serangan ke atas kawasan al-Mawasi, yang sebelum ini diisytihar Israel sebagai “zon selamat.”
Kementerian Kesihatan turut menyifatkan Dr Marwan sebagai simbol ketabahan dan keikhlasan yang terus memberikan khidmat meskipun berdepan situasi yang paling mencabar sepanjang pencerobohan berterusan di Gaza.
Hospital Indonesia yang diketuai Dr Marwan sebelum ini telah diumumkan tidak lagi beroperasi susulan kerosakan teruk akibat beberapa siri serangan, yang turut diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai serangan berulang.
Buat masa ini, tiada lagi hospital yang beroperasi di wilayah utara Gaza, menurut agensi kemanusiaan PBB.
Kementerian Kesihatan Gaza turut menuduh Israel menyasarkan pasukan perubatan dan bantuan kemanusiaan dalam siri serangan terbaharu.
Dalam kenyataan berasingan, Angkatan Pertahanan Israel (IDF) memaklumkan rasa "kesal sekiranya terdapat orang awam yang tidak terlibat tercedera" dan menegaskan, operasi dijalankan dengan usaha meminimumkan risiko ke atas mereka.
IDF turut menuduh Hamas melanggar undang-undang antarabangsa dengan menggunakan infrastruktur awam untuk kegiatan ketenteraan dan menjadikan orang awam sebagai perisai manusia.
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, sekurang-kurangnya 139 penduduk Palestin terbunuh dalam tempoh 24 jam sebelum tengah hari Rabu susulan operasi ketenteraan Israel di seluruh wilayah itu.
Di al-Mawasi, Khan Younis, sekurang-kurangnya lima maut manakala yang lain cedera apabila sebuah khemah yang menempatkan pelarian terkena serangan sekitar jam 12.40 pagi waktu tempatan ketika mereka sedang tidur, menurut laporan agensi berita.
Tamam Abu Rizq, salah seorang saksi, berkata kepada AFP, letupan itu “menggegarkan kawasan seperti gempa bumi” dan beliau mendapati khemah telah terbakar.
Maha Abu Rizq pula berkata: “Mereka datang ke sini kerana menyangka kawasan ini selamat, tapi mereka terbunuh… apa salah mereka?”
Rakaman di lokasi menunjukkan seorang lelaki mengangkat sebungkus lampin bayi sambil menyoal: “Adakah ini senjata?”
Beberapa kanak-kanak turut cedera dan dibawa ke Hospital Nasser di Khan Younis oleh orang awam dalam keadaan tubuh berlumuran darah.
Rakaman AFP turut menunjukkan tangisan kanak-kanak yang dirawat serta wanita yang meratapi pemergian ahli keluarga mereka.
Ekram al-Akhras, yang kehilangan beberapa sepupu dalam serangan itu, merayu kepada masyarakat antarabangsa: “Sesiapa pun, tanpa mengira agama, mesti bangkit dan berkata: Cukup! Hentikan perang ini!”
Sementara itu di Gaza City, empat ahli keluarga yang dikenali sebagai keluarga Zeno turut terkorban dalam serangan udara Israel yang menyasarkan rumah mereka.
Menurut agensi berita WAFA, mangsa adalah Ahmed Ayyad Zeno, isterinya Ayat, serta dua anak mereka Zahra dan Obaida.
BBC telah menghubungi IDF bagi mendapatkan maklum balas berkaitan dua insiden ini.
Dalam pada itu, Rachel Cummings daripada Save the Children yang kini berada di Gaza berkata, dalam sesi “bulatan harapan” yang diadakan di pusat perlindungan kanak-kanak, ada antara kanak-kanak yang menyatakan hasrat untuk mati agar dapat bersama ibu atau bapa mereka yang telah terbunuh atau sekurang-kurangnya untuk mendapatkan makanan dan air.
Ketika gelombang haba melanda Gaza, suhu mencecah 30 darjah Celsius.
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal dan kini menetap di dalam khemah meluahkan kesukaran menahan panas terik tanpa bekalan elektrik, kipas mahupun akses air bersih.
Reda Abu Hadayed berkata kepada Associated Press: “Panasnya tak dapat digambarkan. Anak-anak saya tidak dapat tidur. Mereka menangis sepanjang hari sehingga waktu matahari terbenam, baru mereka lena.
Tapi bila pagi datang, mereka mula menangis semula kerana panas.”
Israel terus menjalankan serangan ke atas Gaza sambil mengawal ketat kemasukan bantuan kemanusiaan, ketika usaha rundingan damai sedang giat dijalankan oleh beberapa pihak bagi mencari jalan ke arah gencatan senjata.
Serangan oleh Hamas pada 7 Oktober 2023 mengorbankan kira-kira 1,200 orang di Israel, manakala 251 yang lain diculik ke Gaza.
Sebagai tindak balas, operasi ketenteraan Israel telah meragut lebih 57,000 nyawa rakyat Palestin, menurut Kementerian Kesihatan Gaza. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini

#Perang Israel-Hamas
#Pengarah Hospital Indonesia
#Dr Marwan Sultan
#Dr Marwan Sultan terkorban
#serangan udara Israel