DUNIA
Pengarah ‘The Lion King’ Roger Allers meninggal dunia
Roger Allers, tokoh penting dalam animasi Disney dan pengarah The Lion King (1994), meninggal dunia pada usia 76 tahun. -Foto Instagram
TOKOH penting dalam kebangkitan semula animasi Disney dan pengarah bersama filem klasik The Lion King (1994), Roger Allers, meninggal dunia pada usia 76 tahun.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Pemergian Allers disahkan rakan karib merangkap kolaborator lama, Dave Bossert, melalui satu hantaran di Facebook pada 18 Januari.
Bossert menyifatkan Allers sebagai seorang seniman dan pembikin filem yang luar biasa berbakat serta menjadi tonggak kebangkitan animasi Disney.
Ketua Pegawai Eksekutif Disney, Bob Iger, dalam kenyataan rasmi, menyifatkan Allers sebagai “visionari kreatif” yang memahami kekuatan penceritaan menerusi gabungan watak, emosi dan muzikal.
Iger berkata sumbangan Allers membantu membentuk satu era animasi yang terus menginspirasi penonton di seluruh dunia.
Sepanjang kerjayanya, Allers terlibat dalam pembikinan pelbagai karya penting Disney termasuk Tron, The Little Mermaid, Beauty and the Beast, Aladdin, Oliver & Company, The Emperor’s New Groove dan Lilo & Stitch.
Beliau turut menerima pencalonan Oscar menerusi filem pendek The Little Matchgirl (2006).
Allers dikenang sebagai antara figura paling berpengaruh dalam dunia animasi moden, meninggalkan legasi besar yang kekal hidup melalui karya abadi yang dihasilkannya.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Roger Allers, tokoh penting dalam animasi Disney dan pengarah The Lion King (1994), meninggal dunia pada usia 76 tahun, meninggalkan warisan besar dalam dunia animasi.
- Allers disifatkan sebagai seniman yang luar biasa berbakat oleh rakan karibnya, Dave Bossert, serta dihargai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Disney, Bob Iger, sebagai "visionari kreatif."
- Sumbangan Allers dalam filem animasi Disney seperti Tron, The Little Mermaid, Beauty and the Beast, Aladdin, dan lain-lain, telah membentuk era animasi yang menginspirasi penonton di seluruh dunia.
Pemergian Allers disahkan rakan karib merangkap kolaborator lama, Dave Bossert, melalui satu hantaran di Facebook pada 18 Januari.
Bossert menyifatkan Allers sebagai seorang seniman dan pembikin filem yang luar biasa berbakat serta menjadi tonggak kebangkitan animasi Disney.
Ketua Pegawai Eksekutif Disney, Bob Iger, dalam kenyataan rasmi, menyifatkan Allers sebagai “visionari kreatif” yang memahami kekuatan penceritaan menerusi gabungan watak, emosi dan muzikal.
Iger berkata sumbangan Allers membantu membentuk satu era animasi yang terus menginspirasi penonton di seluruh dunia.
Sepanjang kerjayanya, Allers terlibat dalam pembikinan pelbagai karya penting Disney termasuk Tron, The Little Mermaid, Beauty and the Beast, Aladdin, Oliver & Company, The Emperor’s New Groove dan Lilo & Stitch.
Beliau turut menerima pencalonan Oscar menerusi filem pendek The Little Matchgirl (2006).
Allers dikenang sebagai antara figura paling berpengaruh dalam dunia animasi moden, meninggalkan legasi besar yang kekal hidup melalui karya abadi yang dihasilkannya.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Siapakah Roger Allers dan apakah sumbangan penting beliau dalam dunia animasi Disney?
A: Roger Allers ialah pengarah bersama filem klasik The Lion King (1994) dan merupakan seorang seniman serta pembikin filem yang luar biasa berbakat yang turut terlibat dalam pelbagai karya penting Disney. - Q: Apakah yang dikatakan oleh ketua pegawai eksekutif Disney tentang sumbangan Roger Allers?
A: Ketua Pegawai Eksekutif Disney, Bob Iger, menyifatkan Roger Allers sebagai "visionari kreatif" yang memahami kekuatan penceritaan menerusi gabungan watak, emosi dan muzikal, serta menyumbang kepada era animasi yang menginspirasi penonton di seluruh dunia. - Q: Apakah karya penting yang dihasilkan oleh Roger Allers dalam kerjayanya?
A: Roger Allers terlibat dalam pembikinan pelbagai karya penting Disney termasuk Tron, The Little Mermaid, Beauty and the Beast, Aladdin, Oliver & Company, The Emperors New Groove dan Lilo & Stitch, serta menerima pencalonan Oscar menerusi filem pendek The Little Matchgirl (2006).