Skip to main content

Dunia

Pengarang dipenjara kerana kritik monarki Thailand

81358989642_120x90.jpg
Aktivis buruh dan editor Thailand dihukum penjara sepuluh tahun kerana mencabul undang-undang yang diwujudkan untuk melindungi keluarga diraja.

Mahkamah Bangkok memutuskan hukuman Somyot Pruksakasemsuk selepas didapati bersalah membenarkan penerbitan dua artikel yang mengkritik monarki.

Peguam bela Pruksakasemsuk bagaimanapun memaklumkan anak guamnya akan merayu keputusan itu.

Kes Pruksakasemsuk turut mendapat perhatian kesatuan Eropah (EU).

Dalam kenyataannya (EU) mengecam keputusan itu yang disifatkan tidak menyokong hak kebebasan bersuara dan hak kebebasan media.

Ia juga menjejaskan imej Thailand sebagai masyarakat bebas dan demokratik.

Sebelum ini Pruksakasemsuk antara aktivis yang lantang melobi supaya undang-undang yang melindungi keluarga diraja dihapuskan.

Advertisement

Must Watch Video