DUNIA
Pengasas Ben & Jerry’s letak jawatan susulan pertikaian berhubung konflik Gaza
Jerry Greenfield meletak jawatan dari Ben & Jerry's selepas hampir lima dekad susulan pertikaian dengan Unilever berhubung pendirian terhadap konflik Gaza. -Gambar fail/Reuters
NEW YORK: Jerry Greenfield, salah seorang pengasas jenama ais krim terkenal Ben & Jerry’s meletak jawatan selepas hampir lima dekad bersama syarikat itu, susulan pertikaian berpanjangan dengan syarikat induk, Unilever, berhubung pendirian terhadap konflik Gaza.
Ringkasan AI
Dalam surat terbuka yang dikongsi rakan pengasasnya, Ben Cohen, di platform media sosial X, Greenfield berkata beliau tidak lagi dapat meneruskan peranan dalam syarikat yang menurutnya telah 'disenyapkan' oleh Unilever.
“Ben & Jerry’s telah kehilangan kebebasan yang kami perjuangkan sejak awal.
"Misi sosial kami telah dikekang, dan suara kami terhadap isu kemanusiaan seperti Gaza tidak lagi dibenarkan,” tulis Greenfield dalam surat tersebut.
Pertikaian di antara Ben & Jerry’s dan Unilever memuncak sejak 2021 apabila jenama itu menghentikan penjualan produk di wilayah Tebing Barat yang diduduki Israel, dengan alasan ia bertentangan dengan nilai syarikat.
Sejak itu, syarikat tersebut telah beberapa kali mengambil tindakan undang-undang terhadap Unilever, termasuk dakwaan campur tangan dalam pengurusan dan pemecatan Ketua Pegawai Eksekutif David Stever yang enggan menghapuskan nilai progresif syarikat.
Ben & Jerry’s juga merupakan antara jenama korporat Amerika yang secara terbuka menyifatkan konflik Gaza sebagai genosid, satu pendirian yang jarang diambil oleh syarikat besar.
Greenfield dan Cohen sebelum ini cuba menjual jenama tersebut kepada pelabur pada nilai antara AS$1.5 bilion hingga AS$2.5 bilion, namun cadangan itu ditolak oleh Unilever.
Unilever kini merancang untuk menyenaraikan unit ais krim globalnya, termasuk Ben & Jerry’s, sebagai entiti berasingan pada November ini.
Jurucakap Magnum Ice Cream Company, unit ais krim Unilever yang baharu, berkata pihaknya tidak bersetuju dengan pandangan Greenfield tetapi telah berusaha mengadakan dialog konstruktif dengan kedua-dua pengasas bagi memperkukuh kedudukan nilai sosial Ben & Jerry’s di peringkat global.
Ringkasan AI
- Jerry Greenfield meletak jawatan dari Ben & Jerrys selepas hampir lima dekad susulan pertikaian dengan Unilever berhubung pendirian terhadap konflik Gaza.
- Greenfield mendakwa misi sosial syarikat telah disekat dan suara mereka terhadap isu kemanusiaan tidak lagi dibenarkan, termasuk tindakan undang-undang terhadap campur tangan Unilever.
- Unilever merancang menyenaraikan unit ais krim global sebagai entiti berasingan, namun menolak cadangan penjualan jenama Ben & Jerrys oleh pengasasnya kepada pelabur.