awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
Kerajaan mungkin pertimbang semula sokongan terhadap sektor REIT - Amir Hamzah
AirBorneo rancang pengembangan, lancar operasi jet separuh kedua 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing

Bernama
Bernama
15/12/2024
06:36 MYT
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Menurut Forbes, Andic memiliki nilai kekayaan bersih dianggarkan berjumlah AS$4.5 bilion pada saat kematiannya. - Foto FB Mango
KUALA LUMPUR: Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol, menurut pengumuman syarikat itu, lapor Xinhua.
Jutawan berusia 71 tahun itu dilaporkan tergelincir dan jatuh sejauh 150 meter semasa berjalan bersama isteri dan anak lelakinya di gua Salitre de Collbato, berhampiran Barcelona, sekitar 1 tengah hari waktu tempatan (1200 GMT).
"Dengan rasa dukacita yang mendalam, kami mengumumkan pemergian mengejut Isak Andic, pengerusi bukan eksekutif dan pengasas Mango yang tidak dijangka, akibat kemalangan yang berlaku pada Sabtu," kata Ketua Pegawai Eksekutif Mango Toni Ruiz, dalam satu kenyataan.
Ruiz memuji dedikasi sepanjang hayat Andic terhadap Mango, sambil menyatakan pemergiannya meninggalkan "kehilangan yang sangat besar."
Dilahirkan di Istanbul, Andic berhijrah ke Sepanyol dari Turkiye pada usia 13 tahun. Beliau memulakan kerjaya dengan menjual baju-T kepada rakan sekelas sebelum membuka kedai Mango pertama di Barcelona pada 1984.
Menurut Forbes, Andic memiliki nilai kekayaan bersih dianggarkan berjumlah AS$4.5 bilion pada saat kematiannya.
Mango, yang beroperasi di lebih 120 negara, mencatatkan perolehan sebanyak AS$3.26 bilion pada 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengasas jenama fesyen
#mango
#Isak Andic
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan