DUNIA
Pengawal Kebangsaan di Washington dibekalkan senjata api
Trump turut mempertimbangkan langkah serupa di Chicago, namun ditolak oleh Datuk Bandar Brandon Johnson yang menyifatkannya sebagai tidak sah. - Gambar/ Reuters
WASHINGTON: Anggota Pengawal Kebangsaan yang dikerahkan ke Washington oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kini dibekalkan senjata api, menurut laporan media tempatan pada Ahad malam, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
Mulai Ahad petang, anggota berkenaan dilihat membawa senjata, menurut laporan stesen penyiaran NBC dan akhbar The New York Times memetik kenyataan pasukan itu.
Jurucakap pasukan berkenaan dipetik sebagai berkata bahawa anggota hanya dibenarkan menggunakan senjata untuk mempertahankan diri "sebagai langkah terakhir" jika berdepan ancaman terhadap nyawa atau kecederaan serius.
Akhbar The Washington Post melaporkan bahawa seramai 2,200 anggota Pengawal Kebangsaan dikerahkan ke ibu negara AS itu.
Awal bulan ini, Trump mengaktifkan Pengawal Kebangsaan bagi menangani dakwaan peningkatan jenayah yang tidak terkawal di Washington, yang ditadbir oleh Datuk Bandar daripada parti Demokrat.
Trump menyifatkan bandar itu sebagai "sarang jenayah" dan turut meletakkan pasukan polis tempatan di bawah kawalan persekutuan.
Tindakan itu mencetuskan kontroversi dan mencetuskan bantahan.
Namun statistik polis dan maklumat daripada pejabat pendakwa daerah Washington tidak menunjukkan peningkatan kadar jenayah.
Datuk Bandar Washington, Muriel Bowser turut menolak dakwaan Trump dengan menegaskan kadar jenayah bandar itu kini berada pada paras terendah dalam tempoh 30 tahun.
Anggota Pengawal Kebangsaan dilaporkan kelihatan di sekitar bandar, termasuk di kawasan tumpuan pelancong yang bukan dianggap lokasi jenayah atau keganasan.
Menurut laporan, Trump turut mempertimbangkan untuk melaksanakan langkah sama di Chicago yang ditadbir Demokrat.
Datuk Bandar Chicago, Brandon Johnson menyifatkan langkah itu sebagai "tidak sah" serta pendekatan Trump sebagai "tidak selaras, tidak perlu dan tidak wajar."
"Mengerah Pengawal Kebangsaan secara tidak sah di Chicago berpotensi meningkatkan ketegangan antara penduduk dengan penguat kuasa," kata Johnson, sambil menambah bahawa kadar pembunuhan, rompakan dan tembakan di bandar itu menurun dengan ketara sejak tahun lalu.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Seramai 2,200 anggota Pengawal Kebangsaan dikerahkan ke Washington oleh Presiden Donald Trump dan kini dibekalkan senjata api, dengan kebenaran menggunakannya hanya untuk mempertahankan diri dalam situasi ancaman serius.
- Langkah itu diambil susulan dakwaan peningkatan jenayah di ibu negara AS, namun statistik rasmi menunjukkan kadar jenayah berada pada paras terendah dalam 30 tahun, dan tindakan Trump mencetuskan kontroversi serta bantahan.
- Trump turut mempertimbangkan langkah serupa di Chicago, namun ditolak oleh Datuk Bandar Brandon Johnson yang menyifatkannya sebagai tidak sah dan berpotensi meningkatkan ketegangan antara penduduk dan pihak berkuasa.