awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengebom guna 5kg TNT dalam letupan di Ankara, Turki

Agensi
Agensi
13/10/2015
02:55 MYT
Pengebom guna 5kg TNT dalam letupan di Ankara, Turki
Kurtumlus mengesahkan, penyiasat kini mengenal pasti pengebom yang dipercayai mempunyai kaitan dengan negara jirannya. - Gambar Fail
Kabinet Turki mengesahkan bahan peledak yang digunakan dalam pengeboman berganda pada Sabtu lalu adalah jenis TNT.
Timbalan Perdana Menteri Turki, Numan Kurtulmus berkata, dua pengebom berani mati itu meletupkan TNT seberat lima kilogram.
"Pengeboman itu dilakukan oleh dua pengebom berani mati. Difahamkan, mereka menggunakan peledak jenis TNT masing-masing seberat kira-kira lima kilogram.
"Cara bagaimana insiden itu berlaku, jenis bom yang digunakan dan cara pengeboman itu dilakukan, semuanya hampir sama dengan kejadian pengeboman yang berlaku di Suruc," katanya.
Pengumuman itu dibuat Kurtulmus selepas menghadiri mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu pada Isnin.
Katanya, pihak polis telah menahan sejumlah besar suspek susulan serangan itu.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan jika ada kumpulan pengganas yang terbabit.
Pada masa sama, Kurtumlus mengesahkan, penyiasat kini mengenal pasti pengebom yang dipercayai mempunyai kaitan dengan negara jirannya.
Agensi berita Reuters memetik pembangkang Turki, Parti Rakyat Demokratik (HDP) yang pro-Kurdish mengatakan bahawa angka kematian dalam serangan bom berkembar pada perhimpunan aktivis di ibu negara Ankara pada Sabtu lalu meningkat kepada 97.
Topic Berkaitan
#Ahmet Davutoglu
#Ankara
#letupan
#Numan Kurtulmus
#Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan