awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengeboman Bandung: Polis kenal pasti identiti suspek

Agensi
Agensi
07/12/2022
08:56 MYT
Pengeboman Bandung: Polis kenal pasti identiti suspek
Ketua Polis Negara Indonesia Listyo Sigit mengadakan sidang media ketika meninjau lokasi kejadian di Balai Polis Astana Anyar di Bandung, Jawa Barat. - Foto tangkapan layar YouTube/Kompas TV
KETUA Polis Negara Indonesia Listyo Sigit mengesahkan identiti dalang pengeboman Balai Polis Astana Anyar di Bandung, Jawa Barat pada Rabu.
Jelasnya dalam satu sidang media yang disiarkan secara langsung di Kompas TV, suspek, Agus Sujatno, terkait dengan puak penentang Jamaah Ansharut Daulah (JAD) Bandung dan Jawa Barat.
“Dari hasil pemeriksaan cap jari dan pengecaman wajah, identiti pelaku adalah Agus Sujatno atau lebih dikenali sebagai Agus Muslim,” katanya.
Untuk rekod, Agus pernah ditahan di Lembaga Pemasyarakatan Nusakambangan selama empat tahun atas penglibatannya dalam pengeboman Cicendo, Bandung pada 2017, sebelum dibebaskan pada Mac 2021.
Setakat jam 3 petang waktu tempatan (pada Rabu), pihak polis masih menyiasat lokasi kejadian dan melakukan pemeriksaan ke atas beberapa saksi susulan insiden pengeboman di balai polis berkenaan.
Pengeboman itu mengorbankan seorang anggota polis, manakala tujuh anggota lain mengalami kecederaan.
Polis tempatan dilaporkan telah menemui nota yang dipercayai ditinggalkan di sebuah motosikal biru milik suspek yang dijumpai di lokasi insiden.
Di motosikal berkenaan, polis menjumpai sekeping nota yang menyatakan tentangan terhadap undang-undang jenayah baharu yang diumumkan di Republik itu pada Selasa.
Topic Berkaitan
#Bom Bandung
#Listyo Sigit
#Agus Sujatno
#Jamaah Ansharut Daulah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan