DUNIA
Pengeluar kenderaan Daimler Truck rancang kurangkan 5,000 pekerja di Jerman menjelang 2030
Daimler Truck pada Mei lepas menyatakan telah mencapai persetujuan dengan majlis pusat pekerja mengenai perkara utama bagi lokasinya di Jerman yang termasuk pengurangan pekerja.
BERLIN: Pengeluar kenderaan komersial Jerman, Daimler Truck, merancang mengurangkan kira-kira 5,000 pekerja di Jerman menjelang 2030, menurut syarikat itu pada Selasa, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Pengumuman pengurangan pekerja ini dibuat semasa pembentangan strategi di Charlotte, North Carolina.
Daimler Truck pada Mei lepas menyatakan telah mencapai persetujuan dengan majlis pusat pekerja mengenai perkara utama bagi lokasinya di Jerman yang termasuk pengurangan pekerja.
Perkembangan ini muncul sehari selepas Daimler Truck melaporkan penurunan lima peratus dalam jualan suku kedua, dengan prestasi yang lemah terutama di pasaran utama Amerika Syarikat.
-- BERNAMA