Pengeluar sistem pertahanan udara Rusia, Almaz-Antey, mahu menyaman Kesatuan Eropah kerana sekatan dan pertuduhan tidak tepat dikenakan ke atasnya berkaitan tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17, lapor portal berita Russia Today.
“Sekatan Kesatuan Eropah ke atas Almaz-Antey adalah dipengaruhi keterlibatannya dalam tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine.
“Tujuan sidang media ini dibuat adalah untuk membuktikan bahawa kami tidak terlibat dalam tragedi tersebut,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Almaz-Antey Yan Novikov.
Penasihat kepada ketua jurutera Almaz-Antey Mikhail Malyshevsky memberitahu, kesan kerosakan pada bangkai pesawat telah membolehkan mereka mengenal pasti jenis peluru berpandu yang digunakan.
Menurutnya, peluru berpandu BUK 9M317 yang digunakan Angkatan Tentera Rusia tidak menjadi persoalan kerana bentuk serpihan yang ditemui tidak menyamai kemusnahan pada pesawat.
“Sifat kerosakan pada pesawat itu adalah daripada peluru berpandu jenis BUK9M38 dan BUK9M38-M1 dan kesan serpihannya ditemui di bangkai pesawat.
“Kemusnahan pada pesawat dilihat konsisten dengan peluru berpandu 9M38-M kerana ia mempunyai trajektori yang khusus dengan 40 peratus pecahan peluru terjadi dalam gerakan menegak,” jelas Malyshevsky.
Almaz-Antey juga mempunyai bukti bahawa sistem pertahanan udara BUK-M1 dan peluru berpandunya masih digunakan tentera Ukraine pada tahun 2005, dan berdasarkan rekod, mereka mempunyai sejumlah 991 buah peluru berpandu 9M38M1 pada waktu itu.
“Peluru berpandu yang dipercayai menghentam pesawat MH17 iaitu 9M38-M1, tidak dikeluarkan oleh Persekutuan Rusia sejak 1999,” kata pihak Almaz-Antey.
Tambahnya, tembakan peluru berpandu berkenaan tidak mungkin dilepaskan dari Snezhny kerana hasil siasatan mendapati ia dilancarkan dari perkampungan Zaroschshenskoe. Jika ia ditembak dari Snezhny, keseluruhan kabin hadapan pesawat akan meletup dan musnah.
“Jika perlu, kita boleh jalankan ujian di lokasi dengan penyertaan pakar-pakar bebas,” tegas Novikoz.
Walau bagaimanapun, menurut mereka, negara yang memiliki peluru berpandu yang menghentam pesawat MH17 masih belum diketahui selain tidak menolak kemungkinan terdapat pesawat lain yang terlibat dalam tragedi itu.
Almaz-Antey juga menyatakan pihaknya hanya membuat analisis teknikal dan tidak membuat spekulasi sama ada Kiev atau pihak lain yang perlu dipersalahkan.
Sementara itu, pegawai dari Ukraine berkata bahawa negaranya memiliki sistem peluru berpandu BUK M-1 tetapi pada hari kejadian tersebut berlaku pihaknya tidak mempunyai kawalan ke atas kawasan yang disyaki sebagai lokasi peluru berpandu tersebut dilancarkan.
Astro Awani
Tue Jun 02 2015
Penasihat kepada ketua jurutera Almaz-Antey Mikhail Malyshevsky memberitahu, kesan kerosakan pada bangkai pesawat telah membolehkan mereka mengenal pasti jenis peluru berpandu yang digunakan. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
MH17: Pengeluar misil tawar tembak Boeing 777 untuk buktikan Rusia tidak bersalah
Demonstrasi ini dipercayai boleh membuktikan Rusia tidak bertanggungjawab terhadap insiden penembakan jatuh pesawat berkenaan.