awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesawat tentera Thailand terhempas di Chiang Mai, dua juruterbang terbunuh
Mesir sedia terima orang awam cedera dari Gaza sebaik pintu sempadan Rafah dibuka semula
Tokyo keluar nasihat baharu influenza selepas lebih 6,000 kes dikesan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengembara di Jepun diminta simpan bank kuasa di tempat mudah dicapai semasa penerbangan

Bernama
Bernama
09/07/2025
04:30 MYT
Pengembara di Jepun diminta simpan bank kuasa di tempat mudah dicapai semasa penerbangan
Kerajaan Jepun gesa pengembara supaya menyimpan bank kuasa di tempat mudah dicapai semasa berada dalam pesawat susulan beberapa insiden bateri mudah alih terbakar semasa penerbangan. - Gambar hiasan
TOKYO: Kerajaan Jepun pada Selasa mula menggesa pengembara supaya menyimpan bank kuasa di tempat mudah dicapai semasa berada dalam pesawat susulan beberapa insiden bateri mudah alih terbakar semasa penerbangan, lapor Agensi Berita Kyodo.
Kakitangan syarikat penerbangan di lapangan terbang seluruh negara mula meminta kerjasama penumpang, dengan kakitangan kumpulan All Nippon Airways di kawasan menaiki pesawat di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo menasihatkan agar penumpang tidak meletakkan bank kuasa di ruang penyimpanan di atas tempat duduk dalam pesawat.
"Demi keselamatan, kami memohon agar penumpang memahami dan memberikan kerjasama," kata seorang kakitangan.
Menurut Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan, bateri litium-ion yang biasanya digunakan dalam bank kuasa boleh terbakar jika berlaku hentakan fizikal atau akibat degradasi secara beransur-ansur.
Bateri mudah alih tidak dibenarkan dalam bagasi yang didaftar masuk dan terdapat had bagi jumlah serta kapasiti yang dibenarkan untuk dibawa dalam bagasi kabin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bank kuasa
#kerajaan Jepun
#bateri mudah alih
#powerbank
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan