DUNIA
Pengerusi Fed, Jerome Powell akan 'keluar' lapan bulan lagi - Trump
Presiden Trump mengkritik Pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell (gambar) dan menegaskan, Powell akan “keluar” daripada jawatannya dalam tempoh lapan bulan lagi. - Gambar fail Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sekali lagi melemparkan kritikan keras ke atas Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed), Jerome Powell dan menegaskan, Powell akan “keluar” daripada jawatannya dalam tempoh lapan bulan lagi.
“Saya rasa dia telah melakukan kerja yang buruk, tapi tidak lama lagi dia ‘keluar.’ Dalam masa lapan bulan, dia akan beredar,” kata Trump semasa pertemuan beliau dengan Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr di White House, di sini, pada Selasa.
Kenyataan Trump itu mencetus persoalan kerana tempoh rasmi perkhidmatan Powell hanya akan tamat pada 15 Mei 2026, iaitu hampir dua tahun dari sekarang.
Powell pula berulang kali menegaskan, beliau tidak akan meletak jawatan lebih awal.
Trump juga mengulangi tuduhan bahawa Powell mengekalkan kadar faedah terlalu tinggi walaupun inflasi telah menurun dan mendakwa tindakan itu menghalang rakyat daripada mendapatkan pinjaman.
“Ekonomi kita sekarang sangat kukuh, mengatasi segala halangan. Kita sedang cipta rekod. Tapi tahu tak kenapa orang tak mampu beli rumah? Sebab orang ini, seorang ‘numbskull’,” katanya, menggunakan istilah menghina ke atas Powell.
Trump turut mendakwa, keputusan Fed mengekalkan kadar faedah tinggi mungkin mempunyai motif politik, walaupun beliau tidak memperincikan dakwaan itu.
Beliau turut menyatakan kadar faedah sepatutnya tiga mata peratusan lebih rendah daripada paras semasa.
Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) dijangka bermesyuarat minggu hadapan, dan ramai pemerhati pasaran menjangkakan kadar faedah akan dikekalkan dalam julat 4.25 hingga 4.50 peratus.
Langkah itu dijangka bagi memberi ruang kepada Fed menilai kesan tarif baharu terhadap inflasi dan pasaran pekerjaan.
Dalam pertemuan sama, Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent, turut mengkritik aktiviti bukan monetari Fed, termasuk projek pengubahsuaian dua bangunan utama di Washington yang menelan kos sekitar AS$2.5 bilion.
“Fed sekarang sudah menyimpang jauh daripada mandat asalnya. Mereka belanja besar, baik untuk bina semula atau ubah suai bangunan. Kami minta siasatan dalaman yang menyeluruh,” tegas Bessent.
Pihak White House sebelum ini turut mempersoalkan kos pembinaan semula itu yang dianggap “terlalu mewah”.
Bagaimanapun, Fed mempertahankan projek itu dengan menyatakan kerja-kerja naik taraf perlu dilakukan atas faktor keselamatan dan kecekapan, memandangkan bangunan tersebut telah berusia dan berisiko. - Agensi