Skip to main content

Dunia

Pengerusi SK Group kalah sebahagian rayuan dalam kes 'perceraian abad ini'

Chey Tae-won, chairman of SK Group, attends semiconductor and memory chip company SK Hynix’ opening bell ceremony at the Nasdaq market on the day of their IPO in New York City, U.S., July 10, 2026. REUTERS
Chey (foto), yang merupakan pemegang saham terbesar SK Inc dan mempunyai kepentingan dalam pengeluar cip memori SK hynix, diarahkan membuat pembayaran tunai penuh kepada Roh dan bukannya melalui pindahan ekuiti pegangan saham. -Gambar fail/Reuters
Advertisement

SEOUL: Mahkamah Tinggi Seoul memerintahkan Pengerusi SK Group, Chey Tae-won membayar 944 bilion won (kira-kira RM2.7 bilion) kepada bekas isterinya, Roh Soh-yeong, dalam perbicaraan semula kes pembahagian aset pasangan yang mendapat perhatian meluas di Korea Selatan.

Keputusan baharu itu mengurangkan jumlah pembayaran berbanding keputusan mahkamah rayuan pada Mei 2024 yang menetapkan pampasan sebanyak 1.38 trilion won.

Pengurangan tersebut dibuat selepas Mahkamah Agung membatalkan sebahagian keputusan terdahulu dengan memutuskan bahawa dakwaan dana sulit politik milik bekas Presiden Roh Tae-woo tidak boleh dianggap sebagai sumbangan yang sah dari segi perundangan dalam pembentukan aset syarikat.

Mahkamah menetapkan Roh berhak menerima satu pertiga daripada aset yang dibahagikan, manakala baki dua pertiga diberikan kepada Chey selepas mengambil kira sumbangan beliau dalam mengurus rumah tangga, membesarkan anak dan menyokong aktiviti berkaitan SK Group sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

Hakim turut memutuskan bahawa nilai aset perlu dinilai berdasarkan harga pasaran pada 16 April 2024, sebelum lonjakan nilai saham SK Group yang didorong oleh peningkatan permintaan dalam sektor kecerdasan buatan (AI).

Chey, yang merupakan pemegang saham terbesar SK Inc dan mempunyai kepentingan dalam pengeluar cip memori SK hynix, diarah membuat pembayaran tunai penuh kepada Roh dan bukannya melalui pindahan ekuiti pegangan saham.

Bagaimanapun, keputusan itu masih belum muktamad kerana kedua-dua pihak mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan lanjut kepada Mahkamah Agung.

 

Must Watch Video

Advertisement