Penggal Setiausaha Agung NATO tamat Oktober ini

Astro Awani
Februari 12, 2023 22:45 MYT
Stoltenberg sudah berkhidmat selama sembilan tahun dan sebelum ini penggal pentadbirannya dilanjutkan tiga kali. - Foto REUTERS
BERLIN: Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) sahkan penggal Setiausaha Agung Jens Stoltenberg, tamat Oktober ini.
Bagaimanapun entiti itu memaklumkan, soal pengganti Stoltenberg belum dibangkitkan dalam kalangan negara anggota.
Stoltenberg sudah berkhidmat selama sembilan tahun dan sebelum ini penggal pentadbirannya dilanjutkan tiga kali.
Jurucakapnya memaklumkan Stoltenberg tidak berminat melanjutkan lagi tempoh itu.
Beberapa negara anggota dilaporkan mahu melanjutkan penggal beliau, susulan krisis perang antara Rusia-Ukraine.
Keputusan Stoltenberg ini membuka ruang persaingan untuk wajah baharu menjadi Setiausaha Agung NATO.
Jawatan itu lazimnya digalas pemimpin Eropah, biarpun Amerika Syarikat (AS) mempunyai hak meletakkan calonnya.
Sementara itu, kalangan pemerhati berpendapat, selepas tujuh dekat NATO dipimpin lelaki, mungkin sudah tibanya wanita dari blok barat mengetuai entiti itu.
#Jens Stoltenberg #NATO #Setiausaha Agung #tamat