[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
INTERNATIONAL

Pengganti David Cameron bakal diketahui pada 2 September ini

Agensi 27/06/2016 | 15:51 MYT
Parti Konservatif pimpinan Perdana Menteri Britain David Cameron menang besar dalam pilihan raya Britain, berbanding jangkaan akan berlaku saingan sengit dengan Parti Buruh. - Gambar fail
Pengganti Perdana Menteri Britain, David Cameron sebagai pemimpin parti Konservatif dan negara tersebut akan diketahui sebelum atau pada 2 September ini, menurut jawatankuasa pemilihan pada Isnin.
“Kami … mencadangkan proses pemilihan pemimpin baharu untuk parti Konservatif bermula pada minggu hadapan … dan selesai sebelum 2 September (Jumaat). Walaubagaimanapun, penyelesaian awal mungkin dapat diperolehi,” kata ketua jawatankuasa Graham Brady.
Parti Konservatif pimpinan Cameron menang besar dalam pilihan raya Britain, berbanding jangkaan akan berlaku saingan sengit dengan Parti Buruh.
#David Cameron #Graham Brady #Parti Konservatif