DUNIA

Pengguna telefon bimbit Bangladesh melebihi 187 juta

Bernama 11/01/2026 | 20:00 MYT
Jumlah pengguna telefon bimbit di Bangladesh melebihi 187 juta pada akhir November tahun lepas, menurut statistik terbaharu daripada pengawal selia telekomunikasi negara itu. - Gambar hiasan
DHAKA: Jumlah pengguna telefon bimbit di Bangladesh melebihi 187 juta pada akhir November tahun lepas, menurut statistik terbaharu daripada pengawal selia telekomunikasi negara itu, lapor Xinhua.

Data daripada Suruhanjaya Kawalselia Telekomunikasi Bangladesh menunjukkan jumlah pelanggan di negara Asia Selatan itu mencecah 187.06 juta pada November.

Pada masa ini, Bangladesh mempunyai empat syarikat mudah alih, dengan tiga daripadanya merupakan pengendali telefon bimbit yang disokong oleh pelaburan asing.

--BERNAMA-XINHUA







#Bangladesh #Telefon bimbit #pengendali telefon bimbit #pelaburan asing